Bazar Di KL: Belum Ramadhan, Belum Ada Keputusan

- Advertisement -

MENTERI Wilayah Persekutuan nampaknya dua ke tiga hari ini, “diganggu” dengan banyak persoalan mengenai bazar Ramadhan yang katanya nak diteruskan seperti biasa di Kuala Lumpur, sekalipun dalam keadaan negara berusaha menyekat penularan wabak COVID-19 sekarang.

Berdasarkan pemerhatian, beliau telah beberapa kali menggunakan ruang di alam siber seperti Twitter untuk menjawab semua kekeliruan yang timbul, pun tak putus orang membuat andaian yang macam-macam.

Seperti bila ada pihak yang membandingkan keputusan kerajaan untuk menghalang NGO dari memberikan bantuan makanan SEKARANG, dengan bazar pada bulan Ramadhan yang AKAN DATANG.

Apa kaitan pun kita tidak tahu kerana belum pun masuk bulan Ramadhan, selain menurut Tan Sri Annuar Musa, belum pun ada sebarang keputusan dibuat lagi sama ada nak meneruskan atau tidak bazar Ramadhan di Kuala Lumpur.

Kata Menteri, jika diteruskan sekalipun, mestilah dengan garis panduan yang akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan serta agensi berkaitan – yang mana sebenarnya Tan Sri, kalau tanpa garis panduan itu sekalipun, percayalah lebih ramai takut sakit/mati (literally speaking) daripada tak dapat makan yang sedap-sedap.

Justeru, gambaran orang berpusu-pusu ketika membeli juadah berbuka yang menjadi “trauma” di kalangan sesetengah kelompok masyarakat kita, pasti tak akan berlaku. Yang berpusu-pusu tu masa takde wabak, takkan dah ada wabak nak berpusu-pusu juga?

Maka itu entah motif apa kecoh-kecoh tentang bazar Ramadhan ini, kita pun tak faham. Kepada yang berkenaan, dari pertikai benda belum ada, lebih baik persoal beberapa tempat seperti pasar di negeri tertentu yang masih dibuka disebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang pasti, kerajaan dan Kementerian yang berkenaan masih ada masa lagi untuk membuat keputusan berdasarkan situasi semasa hasil dari pelaksanaan PKP yang baru sahaja memasuki fasa kedua perlaksanaannya. Hanya kerajaan Terengganu sahaja setakat ini yang mengesahkan bazar Ramadhan tidak akan diadakan di negeri tersebut kelak.

Sudah tentu apa pun keputusan yang akan dibuat nanti (berkaitan bazar Ramadhan) adalah berdasarkan data, bukan imiginasi atau kebimbangan tidak berasas – ini sudah kerajaan baru, bukan kerajaan yang dulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat