MUDA- PSM sahkan tak tanding PRK KKB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz sebaliknya menegaskan, cabaran paling besar bagi MUDA adalah memastikan parti-parti yang bertanding untuk mematuhi etika dan undang-undang pilihan raya.

“Setelah siri-siri mesyuarat, pertemuan dan perbincangan antara pimpinan dan ahli parti, MUDA-PSM telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Bharu 2024.Keputusan ini dibuat dengan menekuni situasi pada hari ini, dan MUDA-PSM mahu memberi ruang kepada parti-parti politik lain untuk bertanding.

“PRK Kuala Kubu Bharu adalah satu lagi referendum kepada kepercayaan rakyat kepada kerajaan mahupun pembangkang.

“Setiap undi yang dibuang pada Hari Mengundi sama penting dengan undi pada Pilihan Raya Umum.

“Bagi MUDA, cabaran paling besar adalah memastikan parti-parti yang bertanding untuk mematuhi etika dan undang-undang pilihan raya,” katanya.

Amira memberi contoh iaitu, misalnya janji yang dibuat oleh Menteri Kerajaan Madani untuk peruntukan RM5.21 juta di Hulu Selangor yang jelas menjadi gula-gula pilihan raya.

“NGO seperti BERSIH juga mempersoalkan keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri di Kuala Kubu Bharu yang boleh dianggap bercanggah dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

“Apa yang MUDA-PSM juga akan buat adalah merancang kempen-kempen rakyat sepanjang tempoh 2 minggu akan datang dan mengambil kesempatan untuk memahamkan rakyat dengan situasi politik dan perjuangan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan pada hari ini,” katanya.

Ujar beliau lagi, isu-isu penting seperti perumahan yang menekan B40, kos sara hidup yang tidak sepadan dengan gaji, kesihatan awam yang semakin sempit adalah antara fokus utama MUDA-PSM dalam kempen rakyat.

“Itu fokus utama MUDA-PSM dalam PRK Kuala Kubu Bharu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat