100 induk ikan kelisa emas dilepas bagi menjamin kelestarian sumber – KP DOF

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KERIAN – Sebanyak 100 ekor induk ikan kelisa emas (golden arowana) bernilai RM150,000, sumbangan penternak di daerah ini dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) ke Tasik Bukit Merah bagi memulihara dan memastikan kemampanan spesies ini di habitat semulajadinya.

Pelepasan ini diadakan secara berperingkat bermula pada 17 April lalu mendapat kerjasama sepenuhnya dari penternak ikan kelisa emas di sini, sebagai langkah mengembang dan merancakkan semula industri ikan ini.

Ketua Pengarah DOF, Dato’ Adnan Hussain berkata demikian ketika menghadiri Program Ramah Mesra Santai dan Sesi Libat Urus Jabatan Perikanan Perak bersama kumpulan sasar di sini pada Sabtu.

Adnan berkata, bagi menjamin kejayaan usaha konservasi, penglibatan dan kerjasama semua pihak, perlu kerana saling bergantung di antara satu sama lain.

Kehadiran penternak serta komuniti nelayan di sini, jelas menunjukkan komitmen mereka dalam membantu DOF menjayakan usaha pemuliharaan bagi menjamin kelestarian sumber.

Menurutnya, sebanyak 1.5 juta ekor ikan kelisa berjaya dieksport dengan nilai dagangan sebanyak RM78 juta pada tahun lepas.

DOF bersedia membantu pengusaha dalam memberi khidmat nasihat teknikal dan pengurusan terutama dari segi urusan mendapatkan permit Convention on International Trade in Endangered Species (CITES) bagi tujuan eksport.

Katanya, pada 2011 sehingga kini , seramai 18 penternak ikan kelisa emas di Perak telah menerima bantuan peralatan dan input bagi aktiviti akuakultur melalui Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SPEKS) sebanyak RM1.49 juta.

DOF sedang meneliti dan menilai semula pelan pengurusan ikan kelisa emas di Tasik Bukit Merah agar lebih relevan dengan pembangunan semasa kawasan tersebut.

“DOF akan mengambil inisiatif menyenaraikan serta memasukkan terma santuari dan ikan ini sebagai spesies yang dilindungi di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) Negeri Perak 1992, ”katanya lagi.

Ujarnya, cadangan pindaan pelaksanaan penguatkuasaan Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) 1992 Negeri Perak juga menyentuh berkenaan kawalan penangkapan ikan ini di perairan sungai dengan menghadkan saiz maksima 15 cm (6 inci) sahaja yang boleh ditangkap.

“Penguatkuasa DOF akan sentiasa membuat rondaan berkala di kawasan pelepasan bagi memastikan ikan kelisaemas tersebut tidak ditangkap.

Dalam sesi libat urus, sebelum ini pihaknya turut mengingatkan kepada nelayan agar tidak menangkap ikan ini dan melepaskannya semula sekiranya tertangkap, ”ujarnya lagi.

Menurut kenyataan DOF, sesi libat urus ini bersama pemegang taruh diadakan bagi mendapatkan pandangan untuk penambahbaikan pelan tersebut.

Turut diadakan sesi penyerahan sijil penghargaan kepada semua pemegang taruh dan penyumbang ikan kelisa emas.

“Selain itu, penyampaian cek cura bantuan program Kebuniti MADANI (sub sektor akuakultur) bernilai RM21,000 kepada komuniti nelayan Tasik Bukit Merah.

Bantuan ini berupa input peralatan iaitu enam unit tangki ternakan, pam air, aerator, kit ujian paramater air, sistem paip serta input makanan ikan dan benih, ”tambah kenyataan itu lagi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Hj. Razman Zakaria dan Pengarah Perikanan Perak, Hj. Mohd Ghazali A Manap. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat