PMO umum Taklimat Harian sebagai langkah atasi salah faham rakyat terhadap kerajaan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan langkah drastik mengadakan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri secara langsung oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul bin Tunku Abaidah bermula pagi tadi.

Menurut Penasihat Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, Taklimat Harian PMO ini dijangka akan diadakan pada sebelah pagi dan petang bagi membolehkan media dan orang ramai mendapat penjelasan yang cepat dan pantas dari kerajaan berkenaan sesuatu isu.

Dalam taklimat bersama Ketua Pengarang Media semalam, Mohammed Shaizalli, berharap Taklimat Harian PMO ini dapat mengurangkan salah faham orang ramai terhadap sesuatu isu yang melibatkan Perdana Menteri.

Sementara dalam taklimat pertama pagi tadi, Tengku Nashrul memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, yang akan disiarkan secara langsung.

Menurut Tengku Nashrul lagi, dalam era pasca normal yang menyaksikan maklumat tersebar luas dengan pantas, keperluan untuk mendapatkan fakta yang tepat dan sahih adalah amat penting.

“Melalui taklimat ini, Pejabat Perdana Menteri akan menjelaskan isu-isu semasa, dasar-dasar penting, serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat. Ini juga merupakan langkah penting untuk menangkis penyebaran fitnah serta maklumat palsu yang mengelirukan masyarakat,” ujar Tengku Nashrul dalam taklimat pertama itu.

Menurut beliau, inisiatif ini juga selaras dengan gagasan MADANI yang menjunjung tinggi ketelusan antara pentadbiran dan rakyat, di samping membudayakan amalan menyemak kebenaran sesuatu maklumat melalui sumber yang sahih dan tepat.

Dalam Taklimat tersebut Tegku Nashrul turut memaklumkan beberapa program Perdana Menteri sepanjang bulan Ramadan.

Berikut adalah sebahagian ucapan Tengku Nashrul:

“Selain daripada inisiatif komunikasi, sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Perdana Menteri akan melaksanakan Program Ihya’ Ramadan di kementerian-kementerian, yang mana program ini bertujuan menjadikan Ramadan sebagai madrasah rohani, bukan sahaja dalam aspek ibadah, tetapi juga pembentukan nilai dan akhlak dalam pentadbiran negara.

Sepanjang bulan Ramadan, Perdana Menteri akan mengunjungi pelbagai kementerian untuk menyantuni penjawat awam, diikuti dengan sesi tazkirah ringkas yang akan disampaikan oleh beliau sendiri serta penceramah jemputan.

Melalui program ini, nilai-nilai seperti kejujuran, disiplin, dan tanggungjawab dapat diperkukuh dalam kalangan penjawat awam, selaras dengan teras Kesejahteraan dalam gagasan MADANI.

Perdana Menteri juga telah bersetuju untuk turun ke beberapa negeri sepanjang bulan Ramadan bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, selain bertemu masyarakat dalam Majlis Berbuka Puasa MADANI.

Butiran lanjut mengenai tarikh dan lokasi spesifik bagi setiap majlis akan diumumkan dalam masa terdekat melalui saluran rasmi kerajaan. Pejabat Perdana Menteri menggalakkan semua rakyat untuk mengambil bahagian dalam majlis-majlis ini sebagai tanda kebersamaan dan perpaduan.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Pejabat Perdana Menteri percaya bahawa komunikasi yang jelas, keterbukaan dalam pentadbiran, dan pengukuhan nilai-nilai spiritual adalah elemen penting untuk mewujudkan kepercayaan antara rakyat dan Kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri mengajak semua pihak untuk bersama-sama menyokong dan menyertai inisiatif-inisiatif ini, demi kebaikan dan kemajuan negara kita. Marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai bulan islah yakni pembaharuan dalam komunikasi, pentadbiran, dan kehidupan.
Sebelum mengakhiri taklimat hari ini, saya mewakili Perdana Menteri dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat