Lawatan Rasmi Hishammuddin Ke Brunei Atas Undangan Sultan Hassanal Bolkiah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam bermula semalam hingga hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan lawatan itu atas undangan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Dalam lawatan tersebut, Hishammuddin turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Menteri Luar Negeri II Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Awang Mohd Yusof sebelum menghadap Sultan Brunei.

“Kedua-dua pihak akan menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan di samping mengukuhkan lagi hubungan istimewa sedia ada dan kerjasama pasca Covid-19 yang memberi manfaat kepada rakyat dua negara itu,” demikian menurut kenyataan itu.

Lawatan rasmi itu adalah lawatan pertama Hishammuddin ke Brunei sejak beliau dilantik menjadi Menteri Luar.

Sementara itu, Hishammuddin memaklumkan perkara berkaitan vaksin Covid-19 turut dibincangkan dalam pertemuannya dengan Menteri Luar Negeri II Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof.

Hishammuddin berkata, perkara berkenaan vaksin disentuh bagi memastikan akses bekalan vaksin membabitkan rakyat kedua-dua negara.

“Saya dan Datuk Seri Setia Haji Erywan turut membincangkan tiga perkara mengenai vaksin COVID-19, khususnya mengenai aturan vaksinasi timbal balik atau reciprocal vaccination arrangement untuk kedua-dua warganegara merangkumi diplomat, pelajar dan ekspatriat; memastikan akses terhadap bekalan vaksin untuk Malaysia dan negara Brunei Darussalam.

“Dan pengiktirafan sijil vaksinasi antara kedua-dua negara yang mana langkah ini akan lebih memudahkan pergerakan rakyat di antara kedua-dua negara,” katanya.

Dalam lawatan itu juga, Hishamuddin dan rakan sejawatnya turut berbincang mengenai mekanisme dua hala yang sedia ada membabitkan Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) dan Mesyuarat Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL).

“Ia antara lain meliputi tinjauan bersama dalam perihal persempadanan darat selain kerjasama lebih lanjut dalam sektor minyak dan gas,” katanya.

Beliau turut membangkitkan isu rampasan kuasa di Myanmar ketika ini dan mengutarakan pandangan Malaysia mengenai keperluan untuk blok ASEAN memainkan peranan lebih proaktif dalam menyumbang ke arah pemulihan negara itu agar kembali ke situasi normal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat