Kaitkan Azam Baki dengan video Albert Tei, SPRM lapor polis

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mencemarkan imej Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Laporan ini susulan Azam dikaitkan dengan tindakan undang-undang terhadap seorang ahli perniagaan bernama Albert Tei.

Memetik BH, Bahagian Komunikasi Strategik SPRM mengesahkan mengenai laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai agensi itu.

Katanya, laporan itu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kedua-dua individu terbabit.

Sementara itu, satu sumber menyebut, laporan polis itu dibuat oleh pegawai SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.

“Laporan polis oleh pegawai SPRM ini bagi membolehkan polis menyiasat tohmahan yang didakwa dalam perbualan itu yang mendakwa seorang individu sudah bertemu dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan meminta supaya diringankan kes dihadapi Albert Tei.

“Ia juga menyebut supaya kes itu diselesaikan secara baik dan tidak berlarutan,” katanya SPRM dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, SPRM berkata, laporan polis itu juga menyebut kandungan video terbabit berniat jahat bertujuan untuk menjejaskan reputasi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Kita tegaskan, setiap siasatan yang dijalankan SPRM adalah telus dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun.

“Perbualan wanita dan ahli perniagaan sebagaimana dalam klip video terbabit adalah berniat jahat bukan sahaja bagi menjejaskan reputasi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebaliknya dipercayai mahu mencemar imej dan kredibiliti SPRM,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat