Kerajaan dulu mana ada baru dituduh terus letak jawatan – Anwar

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kerajaan-kerajaan terdahulu yang didakwanya tidak menterjemahkan konsep integriti dalam pentadbiran.

Mengambil contoh tindakan pantas dan berani bekas Setiausaha Politik Kanan beliau Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin yang meletakkan jawatan meski baru saja terpalit tuduhan rasuah.

“Kalau ada orang yang terlibat (rasuah), saya tak peduli. Macam baru-baru ini ada kes setiausaha politik dituduh, terus berhenti.

“Mana ada dulu macam itu, ada saja tuduhan terus berhenti. Panggil SPRM siasat, barulah kita ada integriti.

“Ini kalau dulu Perdana Menteri yang disiasat, menantu lari ke luar negara. Ini lagi nak cakap soal integriti… integriti apa? soal Perdana Menteri dalam video yang dimuat naik di Facebook Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas Anwar, beliau telah memberitahu pegawai dan kakitangannya, ” jika kamu didapati bersalah, kamu harus menghadapi kesan dan hukumannya”.

“Siasatan penuh, bawa ke mahkamah.

“Ini baru betul kita jaga negara ini.

“Ini saya tekankan kerana kalau nak jayakan negara ini, we must start with good governance,” kata Presiden PKR itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat