Anthony Loke letak jawatan kuat kuasa serta-merta serentak Najib balik rumah

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta – merta.

Tindakan itu diambil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini untuk Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan rumah.

“Justeru, selaras dengan pendirian yang telah saya umumkan pada Jumaat lalu, peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan
sebelum ini.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri beliau sejak Disember 2022.

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Pengangkutan atas komitmen dan kerjasama sepanjang saya menerajui MOT.

“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan urusan peralihan tugas berjalan lancar dan segala tanggungjawab dan inisiatif
kementerian terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat