HONOR Malaysia hari ini memperkenalkan HONOR Magic8 Pro, telefon pintar flagship terbaharu syarikat itu yang mengetengahkan inovasi pengimejan kelas profesional, prestasi AI generasi seterusnya dan ketahanan tertinggi dalam industri. Meneruskan tradisi menawarkan teknologi premium pada harga kompetitif, Magic8 Pro dijual bermula RM4,599, mengekalkan tanda harga model sebelumnya namun hadir dengan peningkatan menyeluruh pada kamera, bateri, keupayaan rangkaian serta ciri AI.
HONOR percaya bahawa generasi pengguna kini tidak lagi mencari sekadar “telefon yang laju”, tetapi mahu sebuah peranti serba boleh yang cukup kuat untuk menggabungkan kerja, fotografi, kreativiti dan gaya hidup digital dalam satu pengalaman yang lengkap. Magic8 Pro dibangunkan bagi memenuhi keperluan itu melalui gabungan perkakasan berkuasa, pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5 serta sistem kamera yang direka khusus untuk prestasi waktu malam.
Tempoh pra-tempahan sudah bermula dan akan berlangsung hingga 4 Disember 2025. Pembeli yang membuat pra-tempahan dalam tempoh ini akan menerima pakej hadiah percuma bernilai RM3,090, termasuk kamera aksi Insta360 Ace Pro, perlindungan skrin hadapan dan belakang selama 365 hari, jaminan lanjutan setahun, perlindungan kerosakan cecair setahun serta akses Google AI Pro Higher selama tiga bulan.
Lebih menarik, pelanggan turut menerima rebat segera RM300 apabila membuat bayaran penuh. Pra-tempahan boleh dibuat melalui HONOR Online Store, HONOR Experience Stores serta gedung rasmi di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah terpilih seperti Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

Magic8 Pro direka berdasarkan kajian mendalam terhadap keutamaan pengguna global, termasuk Malaysia. HONOR menekankan lima fokus utama yang memberi kelebihan nyata berbanding flagship lain di pasaran:
1. Kamera Malam Paling Maju: 200MP Telefoto Ultra Malam
Sistem kamera Magic8 Pro dibina untuk menangani salah satu cabaran terbesar fotografi mudah alih pencahayaan rendah. Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP dengan sensor 1/1.4 inci dan zum optikal 3.7x membawa keupayaan rakaman jarak jauh yang lebih cerah dan jelas.
Tiga enjin pemprosesan Night Engine, Stability Engine dan Portrait Engine bekerjasama untuk menghasilkan tangkapan lebih berkualiti walaupun dalam keadaan paling mencabar. Ia memberikan rakaman malam yang lebih bersih, potret yang lebih hidup dan stabiliti imej yang setanding dengan kamera profesional.
Hasil keupayaan ini menjadikan Magic8 Pro dipilih sebagai Peralatan Fotografi Mudah Alih Rasmi Visit Malaysia 2026.
2. Penyambungan Rangkaian Lebih Stabil Dengan Naik Taraf Antena
Masalah liputan lemah sering menjadi punca ketidakpuasan pengguna di bandar besar mahupun kawasan luar bandar. HONOR menambah baik rekaan antena dengan peningkatan lima cip isyarat, yang meningkatkan prestasi Wi-Fi sehingga 15%. Sistem enam antena pula memastikan penerimaan rangkaian lebih kuat walaupun dalam bangunan bertingkat, pusat membeli-belah atau kawasan padat.
3. Bateri 7100mAh Dengan Penggunaan Ultra Panjang
Magic8 Pro hadir dengan bateri Karbon Silikon 7100mAh — hampir 40% lebih besar berbanding kapasiti peranti flagship setaraf. Ia mampu bertahan seharian penuh tanpa kompromi penggunaan kamera atau data. Gabungan pengecasan pantas 100W dan 80W tanpa wayar membolehkan pengguna mendapatkan hampir enam jam tontonan video dengan hanya lima minit pengecasan.
4. Paparan Hyper-Jelas 6,000 Nits Dengan Piawaian Penjagaan Mata Tertinggi
Paparan Magic8 Pro menampilkan kecerahan puncak 6,000 nits, memastikan skrin sentiasa mudah dilihat walaupun di bawah cahaya matahari tropika Malaysia. Peranti ini juga menjadi telefon pintar pertama memperoleh Pensijilan Paparan Penjagaan Penuh TÜV Rheinland 5.0, yang merangkumi ciri seperti AI Defocus Display, Dynamic Dimming dan PWM 4320Hz untuk keselesaan mata tanpa kerlipan.
HONOR turut menambah ciri baharu Pengesanan Kerlipan, yang membantu mengenal pasti persekitaran dengan risiko pencahayaan tidak sihat.
5. Ketahanan Flagship Dengan IP69K, IP68 Dan Kaca NanoCrystal Shield
Magic8 Pro direka agar lebih tahan lasak melalui penggunaan kaca NanoCrystal Shield yang lulus ujian jatuhan lima bintang SGS. Malah, ia menjadi antara telefon pintar pertama di dunia yang disahkan dengan penarafan IP69K, menjadikannya tahan jet air tekanan tinggi, percikan suhu tinggi, debu dan rendaman air.

HONOR turut melengkapkan pembelian dengan jaminan lanjutan serta perlindungan kerosakan cecair, bagi mengurangkan kos penyenggaraan jangka panjang.
Magic8 Pro dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang ditala khusus melalui kerjasama HONOR dan Qualcomm. Hasilnya, struktur Ultra-Fusion Core Architecture memberikan prestasi lebih stabil, kecekapan tenaga lebih tinggi dan respons AI lebih pantas.
Peranti ini turut memperkenalkan teknologi AI Rendering Separation dan GPU–NPU Heterogeneous Super-Frame, yang meningkatkan kadar bingkai permainan sambil mengekalkan suhu dan penggunaan kuasa pada tahap optimum.
Harga dan Warna
HONOR Magic8 Pro boleh didapati dalam tiga pilihan warna — Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black pada harga:
- 12GB + 512GB – RM4,599
- 16GB + 1TB – RM5,199
Jualan rasmi bermula 5 Disember 2025 di seluruh Malaysia.



