Pelantikan Panel Penasihat Perkukuh Peranan NADI di Pulau Pinang

PENANTI, – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus diperkukuh di Pulau Pinang apabila Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan pembukaan NADI Penanti, sekali gus menandakan pertambahan pusat baharu di bawah inisiatif “1 DUN 1 NADI”.

Melalui inisiatif berkenaan, sebanyak 39 NADI baharu telah diwujudkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di seluruh Pulau Pinang. Ia menjadikan jumlah keseluruhan NADI di negeri itu kini sebanyak 42 buah, termasuk tiga pusat sedia ada.

Sehingga Mei 2025, NADI di Pulau Pinang telah menarik 10,827 ahli dengan 17,743 penyertaan dalam pelbagai aktiviti perkhidmatan pintar angka yang mencerminkan sambutan positif rakyat negeri ini terhadap usaha kerajaan memperluas akses maklumat dan kemahiran digital.

Dalam majlis tersebut, Fahmi turut menyaksikan penyampaian surat pelantikan kepada 13 Pengerusi Panel Penasihat NADI mewakili setiap kawasan Parlimen di Pulau Pinang. Panel berkenaan berperanan memastikan operasi serta pengurusan NADI berjalan lebih tersusun demi manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat.

Program perasmian itu turut diserikan dengan Hari Bersama Komuniti (HBK) yang menawarkan pelbagai aktiviti termasuk pameran dan jualan usahawan NADI, pertandingan e-Sukan MADANI Legend serta kerjasama agensi kerajaan. Ia sekali gus menampilkan NADI sebagai hab perpaduan digital dan sosial di peringkat akar umbi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Dato’ Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat