KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah ketika menggunakan aplikasi navigasi TuJu.
Menteri Kewangan itu menjelaskan, keadaan itu berpunca akibat kelewatan syarikat memperkemas aplikasi berkenaan.
“Saya dapat pengakuan daripada Lembaga Lebuhraya (LLM), menyatakan TuJu ada kekurangan kerana aplikasi ini tidak lengkap.
“Betullah TuJu tu ada kekurangan tetapi buat sementara waktu, saya tidak mengerti kalau hal ini jadi kontroversi.
“Kontroversinya kerana lembabnya alternatif.
“Saya setuju, tetapi keputusan kita bukan kontroversi. Ini soal keselamatan negara. Aneh kalau orang masih menekan,” katanya pada sidang media di Ampang lapor BH pada Jumaat.



