Mafia Korporat: PDRM sudah sita sejumlah RM409 juta aset – Menteri

KUALA LUMPUR – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan membeku akaun dan menyita pelbagai aset yang bernilai kira-kira RM409.21 juta dalam siasatan Ops Viking berhubung dakwaan kewujudan ‘Mafia Korporat’ di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu melibatkan 404 akaun bank berjumlah RM85.62 juta, 417 akaun sistem depositori pusat (CDS) dan 70 akaun dagangan berjumlah RM323.59 juta.

Menurut beliau, sebanyak lapan bidang hartanah dan 11 kenderaan turut dikenakan tindakan pembekuan dan penyitaan.

“Setakat 25 September 2026, seramai 70 individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkenaan.

“Berdasarkan kepada latar belakang dan identiti individu-individu saksi yang telah dipanggil untuk rakaman percakapan, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat atau pun dikenal pasti bagi tujuan membantu siasatan,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat di Parlimen hari ini yang disiarkan di laman web Parlimen.

Saifudin turut memaklumkan, siasatan dijalankan susulan laporan portal berita luar negara, Bloomberg pada 12 Februari 2026 yang mendakwa wujudnya ‘mafia korporat’ di Malaysia, termasuk dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh agensi penguat kuasa bagi menekan ahli perniagaan menjual saham syarikat pada harga rendah bagi tujuan penguasaan syarikat.

Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) PDRM telah membuka kertas siasatan pada 14 Oktober 2025 di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), katanya.

“Pada masa ini, siasatan Ops Viking masih diteruskan bagi melengkapkan keseluruhan kertas siasatan.

“KDN memberi jaminan bahawa PDRM komited melaksanakan siasatan ini mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” kata Saifuddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat