Pemuda UMNO Tidak Akan Berganjak Walau Seinci Pertahan Jalur Gemilang – Akmal Saleh

CYBERJAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh menegaskan bahawa beliau tidak akan berganjak walau seinci dalam mempertahankan maruah Jalur Gemilang meskipun berdepan tekanan atau ugutan.

Beliau berkata demikian selepas selesai memberi keterangan selama kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat.

“Perjuangan belum selesai. Pemuda UMNO akan terus berdiri di barisan hadapan demi kedaulatan negara. Selagi darah mengalir di tubuh, maruah negara akan terus dipertahankan,” katanya.

Dr Akmal turut merakamkan penghargaan kepada barisan Pemuda UMNO dari seluruh negara yang hadir bersama rakyat prihatin, termasuk Exco-Exco serta Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari pelbagai negeri.

Tegasnya, Pemuda UMNO tidak akan berganjak walau seinci biarpun cuba ditekan atau digertak.

Baca Juga

Puak halang patriotisme adalah samseng, Puad puji Akmal

Akmal dilabel Ketua Pemuda Umno terpaling PN, serang pekedai kecil demi publisiti maksimum – DAPSY

‘Himpunan kami aman, tak pijak pun gambar pemimpin DAP’- Akmal tak takut

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat