‘Himpunan kami aman, tak pijak pun gambar pemimpin DAP’- Akmal tak takut

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh tidak gentar dengan ancaman DAP untuk membuat laporan polis terhadap himpunan yang diadakan di depan kedai perkakas di Kepala Batas, Pulau Pinang pada petang Khamis.

Tegas Akmal, himpunan mereka adalah aman bahkan tidak berlaku langsung tindakan melampau seperti memijak gambar muka pemimpin DAP.

“Kami berhimpun secara amandan tidak ada langsung gambar muka pemimpin kamu dipijak semalam.

“Nak lapor polis? Bring it on,saya sedia untuk berikan kerjasama

“Untuk takut kepada kamu? Tidak sama sekali,” bidas Akmal.

Ini sebagai reaksi kepada arahan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang mengarahkan sayap Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap kejadian semalam di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah (criminal intimidation), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (sengaja mengeluarkan kenyataan mengaibkan dengan niat membangkitkan kekacauan), Seksyen 505 Kanun Keseksaan (mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam).

Katanya, laporan polis juga akan dibuat di bawah seksyen-seksyen baharu untuk menangani buli iaitu Seksyen 507B Kanun Keseksaan (menyebabkan mangsa mengalami gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan) dan 507C Kanun Keseksaan (mengeluarkan kata-kata yang berkemungkinan menyebabkan mangsa terganggu, distres, takut atau bimbang).

Akmal pada masa sama juga mengimbau tindakan DAP sewaktu masih pembangkang juga melanggar arahan polis untuk berhimpun.

“Dulu masa zaman kamu pembangkang,lebih banyak arahan dan nasihat dari pihak polis untuk tidak berhimpun. Tapi kamu tetap buat juga,jadi itu pon boleh didakwa ke kerana melanggar arahan ketua polis?

“Siap kereta terbalik dan pijak gambar muka pemimpin kerajaan lagi ketika itu,” selar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat