KUALA LUMPUR – Ketua DAPSY Kebangsaan Woo Kah Leong memberi label baharu kepada Datuk Dr Akmal Saleh sebagai Ketua Pemuda ‘terpaling’ Perikatan Nasional (PN).
Kah Leong juga mendakwa Akmal sebagai ahli politik oportunis yang sibuk menyerang pekedai kecil dan mencerca DAP dan PH, semata-mata untuk mendapatkan pendedahan dan publisiti maksimum.
Adun Pasir Bedamar malah menyamakan Akmal sama dengan Armada Bersatu dan Pas.
“Akmal tidak pernah langsung menangani double standard dan tingkah laku sesat pemudanya sendiri, malah memilih untuk berdiam diri dalam soal Pas.
“Namun ahli politik oportunis yang sama ini sibuk menyerang pekedai kecil dan mencerca DAP dan PH, semata-mata untuk mendapatkan pendedahan dan publisiti maksimum. Malah beliau selari dengan Armada Bersatu dan Pemuda Pas.
“Dia mungkin sudah lama terlupa bahawa pada pilihan raya umum lalu, parti-parti yang menewaskannya di kebanyakan kawasan Umno ialah Bersatu dan Pas yang kini disantuni. Sekarang, untuk kepentingan diri sendiri, dia memeluk musuh yang mengalahkannya. Mungkin ini adalah versi “politik belia” beliau,” kata Kah Leong dalam kenyataan pada Jumaat.
Pun begitu, EXCO Perak itu memberitahu, perhimpunan boleh dilakukan, tetapi ia harus bermakna, bukan digunakan sebagai alasan untuk membuli pekedai.
“Jangan cuba mewajarkan hooliganisme seperti pemberi pinjaman mengutip hutang.
“Ironinya, Ketua Pemuda yang mengisytiharkan dirinya sebagai wira negara ini tidak tahu pun ejaan bahasa Melayu untuk “biadab,” tersilap menulisnya sebagai “biadap.”
“Bukan sahaja kemahiran bahasanya lemah, tetapi dia juga begitu angkuh sehingga menganggap dia pengerusi parti dan boleh mengeluarkan kenyataan bagi pihak seluruh parti.
“Ketidakmaluannya itu memalukan.
“Mempunyai orang yang tidak tahu malu dalam Kerajaan Perpaduan adalah memalukan,” selar wakil rakyat DAP itu lagi.



