Extra Joss Ultimate bawa nafas baru, nikmati tenaga dalam gaya lebih moden

Dalam dunia yang bergerak pantas, setiap hari seakan menuntut kita untuk terus melangkah tanpa banyak ruang untuk berhenti. Daripada kesibukan kerja hinggalah pertemuan bersama teman, setiap detik membawa cerita tersendiri. Menyedari perubahan rentak kehidupan generasi masa kini, Extra Joss tampil dengan sesuatu yang berbeza menerusi pengenalan Extra Joss Ultimate, minuman tenaga sedia untuk diminum yang membawa pengalaman baru kepada peminat jenama berkenaan.

Pelancaran yang berlangsung di The Vertical, Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South, Kuala Lumpur pada 26 November lalu menandakan satu lembaran baru buat Extra Joss di Malaysia. Selepas sekian lama dikenali menerusi produk minuman tenaga dalam bentuk serbuk, jenama itu kini melangkah ke segmen minuman sedia untuk diminum atau Ready-to-Drink (RTD), sekali gus menawarkan pilihan yang lebih praktikal untuk dinikmati dalam kesibukan seharian.

Lebih daripada sekadar perubahan bentuk sajian, kemunculan Extra Joss Ultimate memperlihatkan bagaimana sebuah jenama yang sudah dikenali ramai cuba bergerak seiring dengan perubahan gaya hidup pengguna. Jika dahulu pengguna perlu menyediakan minuman terlebih dahulu, kini semuanya lebih mudah dengan sajian berkarbonat dalam tin bersaiz 250ml yang boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Menariknya, Extra Joss Ultimate hadir dengan gabungan tiga bahan utama iaitu Kopi Hijau, ekstrak Ginseng serta Vitamin B3, B6 dan B12. Kopi Hijau membekalkan kafein semula jadi, manakala Ginseng secara tradisinya dikaitkan dengan kecergasan dan tenaga. Vitamin B pula membantu proses metabolisme tenaga normal tubuh.

Gabungan ramuan tersebut memberikan identiti tersendiri kepada produk terbaru ini, di samping menawarkan sensasi minuman berkarbonat yang menyegarkan. Ia menjadi pilihan buat mereka yang mahukan sesuatu yang mudah dibawa dan dinikmati tanpa perlu mengubah rutin harian.

Menurut Pengurus Pengaktifan Jenama Extra Joss, Jerry Yew, produk berkenaan menyasarkan golongan Gen Z dan dewasa muda berusia antara 18 hingga 35 tahun yang semakin mengutamakan kemudahan serta pengalaman dalam memilih minuman.

Katanya, Extra Joss Ultimate diperkenalkan untuk mendekati generasi yang menjalani kehidupan aktif, sama ada ketika berdepan jadual kerja yang padat, menghadiri pertemuan sosial, melakukan aktiviti santai mahupun ketika dalam perjalanan.

Menerusi tagline ‘UNLEASH THE ULTIMATE U’, jenama itu turut membawa mesej supaya pengguna berani menonjolkan keunikan diri, kekal aktif dan menikmati setiap detik kehidupan dengan cara tersendiri.

Dalam masa sama, kemunculan produk ini bukan sekadar mahu mencuri perhatian pengguna muda, sebaliknya menjadi sebahagian daripada usaha Extra Joss memperluas kehadirannya dalam pasaran minuman tempatan yang semakin kompetitif.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia, Oktavianus, berkata pengenalan Extra Joss Ultimate membuka peluang untuk jenama itu memperluas rangkaian pengedaran menerusi pelbagai saluran, termasuk kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, stesen minyak, restoran, kedai mamak serta premis makanan dan minuman.

Menurutnya, kerjasama dengan pengedar, peruncit dan pengusaha makanan serta minuman akan terus diperkasakan bagi memastikan produk berkenaan lebih mudah diperoleh pengguna, terutama di lokasi yang dekat dengan kehidupan seharian mereka.

Untuk rekod, Extra Joss sudah lebih sedekad berada dalam pasaran Malaysia menerusi rangkaian minuman serbuk dengan empat pilihan perisa iaitu Anggur, Mangga, Oren dan Active. Kehadiran Extra Joss Ultimate kini melengkapkan perjalanan jenama itu dengan pilihan yang lebih moden dan bersesuaian dengan perubahan cita rasa pengguna.

Apa yang pasti, setiap jenama perlu tahu bila masanya untuk berubah tanpa melupakan akar yang membentuk identitinya. Begitu juga Extra Joss yang kini membuka ruang kepada pengalaman baru, daripada bancuhan serbuk kepada minuman berkarbonat yang lebih mudah dinikmati.

Dengan Extra Joss Ultimate, jenama itu bukan sekadar memperkenalkan produk baru, tetapi mengajak generasi masa kini untuk menikmati kehidupan dengan lebih spontan, berani mengekspresikan diri dan menghargai setiap detik perjalanan.

Extra Joss Ultimate – Unleash the Ultimate U. Satu langkah baru, satu rasa berbeza dan satu lagi cara untuk menikmati Extra Joss.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat