Pendedahan mengapa Anwar mengambil risiko membenarkan Nurul Izzah bertanding

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Ketua PKR Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli seorang yang sukar bekerja dalam satu pasukan.

Bercakap kepada kolumnis The Star, Joceline Tan, Shamsul dilaporkan berkata pemilihan kali ini bukan sekadar soal kepimpinan, tetapi soal keserasian dalam menerajui parti.

“Rafizi tidak memainkan peranan sebagai timbalan presiden dan dia tidak dilihat membantu presiden. Saya percaya itu salah satu sebab mengapa orang dalam parti mahu melihat perubahan,” kata Shamsul.

Shamsul, yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, mendakwa Rafizi gagal memainkan peranan aktif sebagai timbalan presiden, malah tidak dilihat menyokong kepimpinan Anwar secara konsisten.

Kolum Joceline dalam akhbar The Star hari ini turut mendedahkan krisis kepimpinan PKR dengan Rafizi.

Dalam artikel berjudul “The real reason behind PKR fight” Joceline membuat kesimpulan hubungan bermasalah Rafizi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah punca utama apa yang sedang berlaku.

“Ini adalah cerita lama dalam sejarah politik orang nombor satu tidak mempercayai orang nombor dua, manakala orang nombor dua berpendapat dia patut menjadi orang nombor satu,” tulis kolumnis veteran tersebut.

Menurut Joceline lagi, pemimpin PKR sedar tentang pelbagai detik ketegangan antara kedua-dua pemimpin tertinggi serta bahasa kurang hormat yang digunakan oleh Rafizi.

Jocelin turut mendedahkan sikap Rafizi dalam pemilihan calon lalu.

“Sebagai contoh, Rafizi mahu salah seorang pengikutnya, Zahir Hassan, bertanding di kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum 2022.

Bagaimanapun, Azman, yang merupakan ketua bahagian Bandar Tun Razak, telahpun mendekati Anwar untuk mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi kerusi tersebut.

Apabila Rafizi tidak mendapat apa yang diinginkan, beliau dilaporkan hilang sabar, menghentak meja dan menuduh Anwar memihak kepada keluarganya.

Pertengkaran itu, yang berlaku di pejabat Anwar di Jalan Gasing ketika itu, sangat kuat sehingga pembantu yang berada di luar dapat mendengar setiap perkataan dan dentuman meja.”

Apa yang tulis oleh Joceline diakui oleh Azman.

“Memang benar, saya yang melobi untuk Kak Wan (Wan Azizah). Dua orang Ahli Parlimen sebelum ini meninggalkan parti di tengah penggal dan saya terpaksa pergi ke sana sini menerangkan apa yang berlaku. Saya minta Kak Wan kerana saya tahu dia tidak akan keluar,” jelas Azman, sambil menerangkan bahawa PKR telah memecat bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim manakala Datuk Kamaruddin Jaafar pula keluar untuk menyertai Sheraton Move.

Rumusan Joceline, ketegangan antara presiden dan timbalannya sudah sampai ke kemuncak sehingga Anwar bersedia menghadapi reaksi keras dari luar dengan menyokong desakan agar Nurul Izzah bertanding menentang Rafizi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat