Ayam Belanda Rusia dijangka masuk pasaran Malaysia Krismas ini – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menjangkakan eksport Ayam Belanda dari Rusia ke Malaysia dijangka dapat direalisasikan menjelang sambutan Krismas tahun ini, selaras dengan usaha kerajaan dalam memastikan kepelbagaian sumber bekalan makanan negara.

Bahkan katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan jaminan untuk mempercepatkan segala proses berkaitan permohonan dan kelulusan rasmi.

“Saya telah memulakan lawatan rasmi ke Rusia bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan menghadiri sesi meja bulat pagi ini bersama para pemain industri utama Persekutuan Rusia.

“Pertemuan ini telah membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan produk pertanian. Antara fokus utama perbincangan adalah berkaitan potensi eksport daging dan ayam belanda dari Rusia ke pasaran Malaysia.

“Perdana Menteri telah memberikan jaminan untuk mempercepatkan segala proses berkaitan permohonan dan kelulusan rasmi.

Saya turut menyatakan komitmen penuh untuk memastikan Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan dimuktamadkan sebelum penghujung tahun ini.Insya-Allah, eksport ayam belanda dari Rusia ke Malaysia dijangka dapat direalisasikan menjelang sambutan Krismas tahun ini, selaras dengan usaha kerajaan dalam memastikan kepelbagaian sumber bekalan makanan negara,” kata Mohamad dalam kenyataan media, semalam.

Selain itu, pada tengah hari semalam dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Rusia, Mohamad telah menyerahkan surat setuju terima bagi mempercepatkan proses menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

“Saya turut mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menyegerakan pemeriksaan kepada setiap permohonan kelulusan pusat penyembelihan dan penilaian terhadap pengiktirafan pengelasan wilayah di Rusia, sama ada bebas daripada risiko jangkitan virus influenza burung berpatogenik tinggi (HPAI) atau tidak.

“Langkah ini diambil bagi memastikan semua produk yang diimport ke Malaysia adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko kepada kesihatan awam serta industri penternakan negara.

“Saya percaya pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam bidang keselamatan makanan dan perdagangan agrikultur antara kedua-dua negara,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat