Lebih 6,000 kematian setiap tahun, nahas jalan raya direkodkan – Hasbi

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

AYER KEROH – Pelbagai inisiatif yang mampu mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian secara signifikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Institut Memandu (IM) di negara ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hj. Hasbi Habibollah berkata, usaha ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai matlamat pengurangan 50% statistik kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya menjelang 2030.

Hasbi berkata, lebih 6,000 kematian direkodkan setiap tahun dengan purata satu nyawa terkorban akibat nahas jalan raya bagi setiap 80 minit dan paling membimbangkan melibatkan penunggang motosikal, hampir 70 peratus daripada jumlah berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Tadbir Urus Institut Memandu Malaysia Tahun 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dekat sini pada Khamis.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, dan Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Dr. Azmi Awang.

Hasbi berkata antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah mendigitalkan industri IM menerusi inisiatif Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (e-Testing) untuk calon menjalani ujian tanpa pegawai JPJ di dalam kenderaan.

“Melalui sistem ini, prestasi calon diukur menggunakan alat pengesan dan kamera secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses pengujian pemandu, ”katanya.

“Berdasarkan statistik JPJ, lebih 14 juta pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan daripada jumlah itu, sebanyak 309,284 LMM Kelas B2 dan 335,827 LMM Kelas D pada tahun lalu telah dikeluarkan kepada pemohon.

“Manakala, jumlah kenderaan baharu yang didaftarkan pada tahun lepas mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 799,000 buah kenderaan, ”katanya lagi.

Menerusi kenyataan oleh JPJ memaklumkan, seminar bertemakan ‘Integriti Latihan Pemanduan Pemacu Keselamatan Jalan Raya’ yang berlangsung selama dua hari pada 10 hingga 11 Oktober 2024 telah menghimpunkan 245 pengusaha IM di seluruh negara.

Menurutnya, ianya dilaksanakan bagi meningkatkan tahap integriti, profesionalisme dan keupayaan IM dalam melaksanakan tatakelola ke arah menjamin kelestarian keselamatan jalan raya seterusnya sebagai pusat latihan pemanduan yang lebih berkualiti dalam melahirkan pemandu yang selamat dan kompeten.

“Selain itu, merupakan platform yang mencetuskan inovasi dan idea baharu bagi memperkasakan peranan IM serta komitmen menyokong usaha kerajaan dalam pelaksanaan dasar dan program berkaitan pelesenan pemandu,”tambahnya .

“Seminar ini menampilkan pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), PDRM, JPJ, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Diharap seminar ini sebagai langkah permulaan yang strategik ke arah merintis IM sebagai pusat kecemerlangan pemanduan untuk sosioekonomi dan keselamatan jalan raya, ”tambah kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat