ASMARA LOKA 2024: Muzik intim, trend “Galau”, dan healing buat penggemar seni suara

- Advertisement -

Setelah melakar kejayaan dengan penganjuran acara Kotak Muzik Kita dan Pentas Healing, Fuse Creative Digital Media kembali dengan persembahan yang dijangka menggugah emosi dan jiwa para peminat muzik tanah air — ASMARA LOKA 2024. Acara ini bukan sekadar sebuah persembahan biasa, tetapi satu manifestasi trend muzik “Galau” dan “Healing” yang semakin mencengkam generasi muda hari ini. Pada 9 November 2024, bertempat di Ipoh Convention Centre, Ipoh, Perak, ASMARA LOKA akan memeriahkan suasana dengan persembahan yang pastinya memikat hati.

Acara ini bukan sekadar memenuhi keperluan hiburan, malah mencerminkan perubahan dalam lanskap muzik semasa, di mana trend “Galau” — istilah popular merujuk kepada kekecewaan, kesedihan, atau perasaan “patah hati” — kini menjadi tumpuan di platform sosial seperti TikTok, Instagram, dan Facebook. Generasi muda terutamanya dilihat mengangkat tema-tema ini sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka, menjadikan ASMARA LOKA begitu relevan di dalam konteks masa kini.

Salah satu perkara yang membezakan ASMARA LOKA daripada acara muzik lain adalah fokus kepada pengalaman muzik yang intim dan eksklusif. Ia cuba membawa pengunjung lebih dekat dengan jiwa dan emosi mereka melalui persembahan artis seperti 6IXTHSENSE, INSOMNIACK, DRAMABAND dan AIZAT AMDAN. Setiap daripada mereka mempunyai aura tersendiri yang mampu menyentuh naluri pendengar yang sedang mendambakan “healing” melalui lagu-lagu bertemakan perasaan.

Menurut Syahril Husny, atau lebih dikenali sebagai Aril, Pengarah Projek ASMARA LOKA, acara ini merupakan usaha untuk menyatukan peminat muzik tanah air, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang menghargai trend-trend semasa. “Saya percaya ASMARA LOKA mampu menjadi platform yang menghubungkan jiwa-jiwa yang ‘patah hati’ sambil memberi peluang kepada mereka untuk ber*healing* bersama. Ini bukan sekadar hiburan, tapi satu ruang untuk merasai keterikatan emosi bersama-sama,” katanya.

Acara ini juga dijalankan sebagai sebahagian daripada inisiatif Tourism Perak, bertepatan dengan kempen Travel to Perak 2024. Ipoh, yang telah diiktiraf sebagai Creative City of Music oleh UNESCO, semakin menyerlah sebagai destinasi seni dan budaya. Dengan penganjuran ASMARA LOKA, bandar yang terkenal dengan warisan kolonial dan hidangan kopi ini kini menambah satu lagi elemen istimewa dalam kalendar seni tempatan, menjadikannya daya tarikan untuk golongan muda dan penggemar muzik dari seluruh Malaysia.

Tiket-tiket untuk acara ini telah mula dijual sejak 6 Ogos 2024 di laman sesawang www.ticket2u.com.my dengan dua kategori utama: Zona Patah Hati (RM98) dan Zona Mati Rasa (RM128). Lebih menarik, atas permintaan ramai, pihak penganjur juga telah memperkenalkan tiket combo untuk kategori Zona Patah Hati, iaitu Tiket Duo berharga RM226 untuk dua orang dan Tiket Kumpulan berharga RM432 untuk empat orang. Inisiatif ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman muzik yang lebih bermakna bersama rakan-rakan yang mungkin juga sedang melalui fasa healing mereka.

Setakat ini, 60% tiket telah pun terjual, membuktikan betapa kuatnya sambutan terhadap acara ini. Dengan senarai artis yang disukai ramai, penonton tidak hanya dijanjikan sebuah konsert biasa, tetapi satu perjalanan emosi yang mendalam dan penuh makna.

Dengan barisan artis hebat, kerjasama erat dengan rakan media seperti ASTRO GEMPAK dan HOTFM, serta sokongan penuh daripada Tourism Perak, ASMARA LOKA 2024 menjanjikan sebuah acara yang bakal menjadi buah mulut ramai. Perpaduan antara muzik, emosi, dan healing ini adalah lambang bagaimana seni boleh menjadi jalan untuk memahami perasaan, menyembuhkan luka, dan berkongsi pengalaman dengan individu lain yang mengalami nasib yang sama.

Jika anda peminat muzik tempatan dan sedang mencari peluang untuk ber*healing*, ASMARA LOKA 2024 adalah acara yang tidak patut dilepaskan. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket dan bersiap-sedialah untuk satu malam yang akan membawa anda kepada sebuah dunia galau yang mendamaikan!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat