KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempersoalkan kegagalan kawasan jelapang padi lain di negara ini masih gagal menghasilkan hasil tuaian padi seperti di Sekinchan meskipun manual kaedah pengurusan padi telah diterbitkan.
Tegas Khairy, tidak ada sebab Malaysia tidak boleh capai self-sufficiency 100 peratus untuk makanan ruji.
“Saya rasa lepas puluhan tahun dan selepas usaha untuk membangunkan sektor pertanian di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi kita masih lagi tak mencapai tahap sara diri (SSL) dalam penghasilan beras.
“Ada sesuatu yang tidak kena, dan cara yang paling mudah daripada nak mengusahakan kawasan-kawasan jelapang padi yang baru ialah meningkatkan hasil kawasan penanaman sedia ada.
“Dari dulu kita dah tahu antara sebab-sebab kejayaan di Sekinchan yang mana hasilnya adalah lebih 13 tan metrik untuk setiap hektar, kalau di kawasan-kawasan jelapang padi yang lain mungkin 4-5 tan sahaja.
“Di situ kita nampak kalau semua kawasan jelapang padi boleh di Sekinchan kan maka kita akan sampai ke tahap 100 peratus sebab hasilnya lebih daripada dua kali ganda kalau lebih daripada 13 tan metrik untuk satu hektar,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Ahad.
Jelas Kahiry lagi, apabila kajian dilaksanakan tentang perkara ini, rahsia di sebalik kejayaan petani Sekinchan ialah mereka kata ada sistem saliran yang dilaksanakan di kawasan Sekinchan adalah sistem yang sistematik, berbeza dengan kawasan jelapang padi lain.
“Jadi kalau itu yang menjadi rahsia antara contoh irrigation system yang menyebabkan mereka boleh menghasilkan sampai 13 tan metrik untuk setiap hektar kenapa tidak boleh dibuat di tempat lain?
“Begitu juga dengan pengurusan baja secara tepat dan berkala adalah langkah yang terbaik. Jangan tabur, tunggu dan tuai sahaja. Mereka juga bagi banyak tumpuan dari segi campuran baja maka praktikkan di tempat lain, dibukukan dijadikan manual.
“Saya rasa manual dah dibuat sejak zaman Tun Abdullah oleh MOA, Mardi tapi kenapa tak jadi? Itu yang menjadi persoalannya. Benih yang dibangunkan oleh Mardi yang tak boleh lagi mencapai tahap hasil tuai yang ada di Sekinchan, saya tak tahu masalahnya di mana?
“Manual Sekinchan dah bukukan, benih nuklear IS-21 sudah dilancarkan tapi rakyat nak tahu boleh ke tidak kita menghasilkan nasi yang cukup untuk makanan di Malaysia? Mungkin boleh gabungkan
industri dan pertanian untuk penghasilan beras,” cadang beliau.
Ulas Khairy lagi, projek tanaman padi di Sekinchan di mana hasil tuaian beras itu adalah sangat tinggi berbanding kawasan jelapang padi yang lain, dari dulu.
Katanya, malah ini bukan perkara baru.
“Bukan Mat Sabu yang jumpa Sekinchan ini. Ia sejak zaman kita memfokuskan kepada pertanian di bawah Tun Abdullah Badawi memang Sekinchan ini dijadikan benchmark untuk kawasan-kawasan lain.
“Tapi tak pernah jadi seperti mana yang diharapkan dari segi hasil tuaianya boleh sampai tahap yang mana ada di Sekinchan.
“Mat Sabu telah umumkan bahawa akan ada projek di Sekinchan di jelapang-jelapang padi yang lain
isu ini tentunya akan memberi kesan kita tahu berapa minggu dah ada sekatan import di India
masalah ini akan berlaku dalam jangka masa panjang.
“Apa yang kita perlu buat untuk bekalan beras ini sebab ini ini makanan ruji,” katanya.