HONOR 90 dinobatkan sebagai Pembelian Terbaik Telefon Pintar EISA 2023 – 2024

- Advertisement -

Mentakrifkan semula kecemerlangan tahap pertengahan – HONOR 90 melebihi jangkaan telefon pintar pada titik harganya

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2023 – HONOR berbangga apabila diumumkan sebagai pemenang Pembelian Terbaik Telefon Pintar 2023-2024 oleh Expert Imaging and Sound Association (EISA). Anugerah ini merupakan bukti komitmen tanpa berbelah bahagi HONOR terhadap kejayaan dan inovasi, satu reputasi yang dipertahankan jenama ini sejak dari awal.

Menurut juri EISA Award, HONOR 90 melebihi jangkaan berbanding telefon pintar yang sepatutnya ditawarkan pada lingkungan harganya. Dikategorikan dalam pasaran harga pertengahan, peranti terhebat ini memiliki ciri-ciri yang biasanya ada dalam telefon pintar flagship, antaranya paparan premium, sistem tiga kamera dan bateri pengecasan laju.

Berikut sebab-sebab HONOR 90 5G diiktiraf kehebatannya:

  1. Perlindungan Mata Dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko: Asas Penting untuk Keselesaan Pemandangan

HONOR 90 menunjukkan komitmennya terhadap kesihatan pengguna melalui teknologi pemalapan PWM frekuensi ultra tinggi 3840Hz. Memiliki sijil tanda dagang TÜV Rheinland, peranti ini mencapai tahap bebas pemalapan yang membantu menambah baik keselesaan pengguna. Dengan menghapuskan kerlipan frekuensi rendah yang menjejaskan mata, HONOR 90 memastikan pengalaman pemandangan yang selesa dan nyaman, jadi pengguna dapat menikmati tontonan tanpa henti dengan selesa.

  1. Kamera Super Sensing 200MP dan Kamera Swafoto Super Clear 50MP : Jurugambar Pakar di tangan anda

Sesuai untuk jurugambar dan vlogger, sama ada amatur atau profesional, Kamera Super Sensing 200MP HONOR 90 pastinya menjadi idaman. Dilengkapi dengan penderia CMOS  1/1.4-inci dan teknologi piksel setara 16-dalam-1, foto yang terhasil penuh dengan perincian, pada masa sama bijak mengendalikan sorotan cahaya dalam mod resolusi tinggi. Sebagai pelengkap, Kamera Swafoto Super Clear 50MP menjanjikan gambar potret yang menawan berbanding jenama lain.

  1. Bateri Besar 5000mAh dan HONOR SuperCharge 66W: Kuasa Tahan Lama

 Walaupun hanya seberat 183g dan nipis 7.8mm, HONOR 90 dilengkapi dengan bateri 5000mAh. Ini menjadikannya mampu bertahan sehingga 19.5 jam untuk penstriman video tanpa henti pada hanya satu kali cas. Apabila tiba masa untuk pengecasan, teknologi HONOR SuperCharge 66W mampu meningkatkan bateri anda daripada 0% kepada 45% dalam masa hanya 15 minit, memastikan anda sentiasa terhubung tanpa perlu menunggu lama.

  1. Cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen1 Dengan Pecutan 5G: Serlahkan Kuasa

HONOR 90 menggabungkan kehebatan kuasa Pemproses Qualcomm Snapdragon 7 Gen1 Dengan Pecutan 5G, terkenal dengan penggunaan kuasa lebih rendah. Ia dilengkapi Cooling Drive System setiap zon yang inovatif dengan ciri-ciri arterial biomimetic VC yang sangat besar, kepingan grafit yang mengalirkan haba tinggi Gen 3, dan sistem pengurusan haba pintar AI sepenuhnya. Ciri-ciri ini memastikan HONOR 90 kekal sejuk dan lancar berfungsi walaupun ketika penggunaan kerap.

HONOR 90 5G – Mentakrifkan semula pemain tahap pertengahan

Siri HONOR 90 5G bukan hanya tampil dengan ciri-ciri mewah, tetapi harga mesra poket pengguna dengan tawaran bermula pada RM 1,799 (12GB+256GB). Bagi mereka yang mencari penstoran yang besar, tawaran pilihan 12GB+512GB pada harga hanya RM2,099 pastinya jarang ditemui pada model lingkungan harga pertengahan. Telefon pintar dengan ciri-ciri flagship ini tidak perlu dipersoalkan lagi dan dijamin berbaloi jika anda singgah ke kedai HONOR berdekatan hari ini!

Maklumat lanjut tentang siri HONOR 90 5G, layari: https://bit.ly/HONOR90SeriesPR

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat