Pembangkang Patut Bagi Alternatif Bukan Tunggu Nak ‘Bantai’ Saja – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pembangkang sewajarnya mengemukakan alternatif di samping tetap melontorkan hujah ‘skor politik’ dalam perbahasan di Dewan Rakyat bukan hanya sekadar menunggu untuk menghentam setiap cadangan kerajaan.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menegaskan, pembangkang harus bijak dan tidak terlihat cuba mempolitikkan semua pembentangan kerajaan.

“Sebenarnya ada sahaja cara untuk pembangkang membuat kritikan yang membina, desak kerajaan untuk memperjelas tentang Belanjawan 2023 dan tidaklah orang lihat mempolitikkan segala-galanya. Contohnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempertikaikan soal target defisit kerajaan 5 peratus, beliau kata mustahil untuk dapat 5 peratus.

“Tapi bagi sayalah, daripada cakap perkara ini mustahil, kalau risau sangat tentang defisit terlalu besar patut kenalah bagi alternatif macam mana kerajaan boleh meningkatkan pendapatan.

“Sebelum ini pembangkang dulu iaitu kerajaan hari ini selalu bercakap bahawa kita perlu memerangi rasuah dan ketirisan, patut pembangkang hari ini kena tanyalah okay kalau membanteras rasuah dan ketirisan ini berapa banyak yang kerajaan boleh jimat? cadang Shahril dalam video yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.

Beliau yang juga bekas Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga boleh mengemukakan alternatif, kaedah ataupun idea mereka untuk meningkatkan pendapatan.

“Tak boleh lah bila cakap bab cukai sahaja kerajaan saja yang cakap cukai sedangkan pembangkang duduk ‘standby’ sahaja nak ‘bantai’.

“Pembangkang pun kena ‘steady’ cakap tentang cukai kenapa cara mereka nak mencukai ini lebih baik daripada cara kerajaan nak cukai contohnya.

“Contoh kedua isu pelaburan, Belanjawan 2023 banyak menyentuh tentang perkara ini dan netizen pun suka komen tentang pelaburan, patut kalau pembangkang nak jadi pembangkang yang berkualiti kenalah tanya sektor apa yang kerajaan nak fokus untuk menarik pelaburan itu -apa aktiviti tumpuan, apa mekanisme untuk menunjukkan inilah fokus dan tumpuan kita untuk tarik orang masuk dalam area yang kita nak target semikonduktor ke target nak buat kenderaan komersial elektrik ke, lori elektrik, bas elektrik, target nak buat industri hiliran sawit ke -desak kerajaan untuk putuskan mana sektor tumpuan untuk Malaysia,” cadang Shahril lagi.

Tambah beliau, kenapa perkara ini penting, sebab daripada pengalaman dulu kalau mahu bangunkan pelaburan dalam semua sektor dan akhirnya tidak ada sektor tumpuan maka kita tak akan jadi juara dalam mana-mana sektor pun.

“Jadi perlu jelas apa tumpuan dan kemudian apa mekanisme contoh pelepasan cukai dan sebagainya tak boleh datang sebelum tumpuan ditetapkan kalau tidak macam orang peluru banyak tapi tembak angin,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, Shahril juga mengkritik pembangkang soal sifar miskin tegar.

“Mensifarkan kemiskinan tegar, benda ini patut benda elok yang diraikan tapi pembangkang pertikaikan.

“Kononnya dalam Islam mustahil untuk kemiskinan tegar itu tidak ada sebab ada zakat, pulak dah. Memanglah dari segi kemiskinan ini sampai ke sudah memang akan ada tapi meletakkan aspirasi untuk tidak ada kemiskinan untuk kurangkan kemiskinan itu apa salahnya dan tambahan lagi Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteriyang dia cakap ialah kemiskinan tegar pembangkang kena faham beza antara miskin dengan miskin tegar.

“Miskin tegar ini ada 130,000 menteri dalam kerajaan sebelum ini yang mana saya bertugas dalam kerajaan pun ada sebut memang ada 130,000 takkan ahli-ahli Parlimen yang dah senior, bekas menteri tak tahu mengenai perkara ini dan dan dalam kerajaan sebelum ini kan… itu yang dimaksudkan nak disifarkan.

“Takkanlah aspirasi sebelum ini untuk sifarkan miskin tegar ini pada 2025, PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata nak sifarkan 2023 apa yang susah sangat? Patut kalau nak kritik ataupun nak score political point tanya mana plan kamu untuk sifarkan? adakah dengan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) ini sudah cukup untuk cover 130,000 patut tanyalah benda macam itu,” bidas beliau.

Ataupun kata Shahril pembangkang boleh tanya kenapa Kerajaan Madani dipimpin oleh PKR tak meletakkan multidimensional poverty iaitu salah satu perkara yang diperjuangkan oleh bekas ahli Parlimen Permatang Pauh?

“Sebenarnya minat saya sebenarnya nak tengok kualiti perbahasan dalam Parlimen khususnya meningkat tapi kedua-dua pihak kena main peranan.

“Saya fahan kita memang kena score political point tapi tak adalah sampai nak kena pertikai semua benda dan cara kita pertikai pula itu tak membina ada sahaja cara.

“Kena cari untuk skor poin politik tanpa merendahkan kualiti perbahasan mudah-mudahan pembangkang boleh mainkan peranan lebih baik,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat