Air Kelantan : Dah Lama Bagi Peluang Tapi PAS Gagal Selesaikan – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS sudah lama diberi peluang namun gagal menyelesaikan masalah air di Kelantan.

Hal demikian, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membidas Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bahawa Kerajaan Perpaduan mampu menyelesaikan masalah air Kelantan sekiranya diberi peluang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Sebab rakyat dah lama beri peluang wakil-wakil rakyat dari parti anda untuk selesaikan masalah air Kelantan, sehingga ke hari ini tak juga selesai.

“Sebab itu kami nak bantu selesaikan,” bidas Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR.

Semalam, Ahmad Fadhli berkata, ada pemimpin parti politik berjanji menyelesaikan masalah air di Kelantan walaupun perdana menteri dan menteri alam sekitar dan air bukan daripada partinya.

Meskipun tidak menyebutkan nama, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu dipercayai merujuk kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang berikrar mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan.

“Ada pihak berjanji untuk selesaikan masalah air di Kelantan jika diberi mandat dalam PRN (pilihan raya negeri) nanti.

“Lupakah beliau bahawa menteri air bukan dari partinya, perdana menteri bukan dari partinya, menteri yang jaga kantung negara bukan dari partinya,” kata Ahmad Fadhli dalam hantaran di Facebook.

Semalam, Umno merayu kepada pengundi Kelantan supaya memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun pada PRN nanti, bagi menyelesaikan masalah bekalan air negeri ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata masalah air di Kelantan adalah janji Umno yang akan diselesaikan sekiranya diberi peluang oleh rakyat.

“Bagi saya di Kelantan, masalah air mesti diselesaikan dan itu adalah janji Umno dan Barisan Nasional (BN). Dalam keadaan ini, pengundi Kelantan perlu membantu Umno untuk sekali ini.
“Cuba beri peluang untuk Umno hanya untuk lima tahun sahaja, jika dirasakan tidak okay, boleh tukar semula.

“Kita hanya perlukan masa lima tahun untuk BN membuktikan kita mampu memberi bekalan air bersih kepada rakyat di negeri ini,” kata Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat