Malaysia cuba imbangi dua kuasa besar dunia menerusi FPDA, AUKUS – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan bahawa Malaysia akan mendapatkan pendapat daripada China, khususnya dalam aspek pertahanan berhubung pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai AUKUS.

Kata beliau, Malaysia perlu mengimbangi dua kuasa besar dunia iaitu antara AUKUS dan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Susulan itu, Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya bercadang untuk melakukan lawatan kerja singkat ke republik China dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.

“Saya bercadang dalam tempoh terdekat untuk melakukan lawatan ke sana (China) bagi mendapatkan pandangan kepemimpinan negara itu, khususnya dalam konteks pertahanan.

“Kita akan cuba menelitinya, namun ia bukan perkara mudah bagi mengimbangi dua kuasa besar untuk melihat kedudukan kedaulatan keselamatan kita di rantau ini dapat dipertahankan,” katanya pada sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Sembrong itu juga berkata, Malaysia juga sudah dihubungi oleh Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton mengenai AUKUS dan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

“Dua hari lalu, saya mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Pertahanan Australia dan turut menasihati beliau supaya selain mendekati Malaysia adalah penting untuk mendekati Brunei sebagai Pengerusi ASEAN,” katanya.

“Saya akan meneliti dan mengimbangi dua kuasa besar ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Kementerian Pertahanan bersedia membina lebih banyak hospital medan di negara ini dan hanya perlu menunggu lampu hijau daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk berbuat demikian.

“Buat masa ini sememangnya kita di Malaysia kaedah pembinaan hospital medan dibuat secara hibrid melalui ATM dan KKM.

“Setakat ini sebanyak 8 buah hospital medan ATM telah didirikan seluruh negara.

“Semalam saya terima permintaan daripada kerajaan Kedah untuk memikirkan untuk ATM bina satu lagi hospital medan di Kedah tetapi ia bergantung kepada persetujuan KKM, ATM sentiasa siap sedia untuk melaksanakan sekiranya dapat persetujuan dan arahan KKM ,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin memberitahu menyentuh aspek keselamatan sempadan Sarawak-Kalimatan selepas ibu kota Indonesia dipindah ke Kalimtan.

“ATM sedang melaksanakan pembinaan empat pos iaitu di Kuching, bahagian Serian, pos Batu Kaya di bahagian Sri Aman dan pos Tapak Megah di Kapit

“pembinaan pos imbangan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada awal tahun 2022 manakala sehingga kini seramai 495 anggota telah diatur gerak dalam penugasan operasi teras di perbatasan Sarawak bertujuan untuk membanteras segala aktiviti pencerobohan dan penyusupan menerusi kawalan rapi di sempadan,” katanya.

Menurut beliau, ATM sedang merancang mmebina 10 lagi pos imbangan di sempadan Kalimantan-Sarawak pada 2022 bagi mengimbangi pos-pos kawalan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

“ATM dan TNI jalin operasi gabungan di enam penempatan pos-pos gabungan,” katanya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat