Ku Li lepas Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tengku Razaleigh Hamzah mengemukakan permohonan untuk berundur sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Perkara itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Gua Musang tersebut menerusi sepucuk surat yang dikirimkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 20 September.

Surat berkenaan disahkan oleh seorang pegawai Ku Li memetik Utusan Malaysia.

Ku Li dalam surat tersebut, beliau memohon pengunduran daripada jawatan itu yang berkuat kuasa bermula tarikh surat iaitu dihantar pada Isnin lalu dan memaklumkan jawatan berkenaan tidak berperlembagaan seperti termaktub dalam peraturan parti.

Katanya lagi, Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah meluluskan sebulat suara usul untuk memutuskan sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetapi ia mengambil masa untuk dilaksanakan.

“Tetapi bisa usul itu apabila dikuatkuasakan memberi kesan segera dalam mana pimpinan yang tidak mempunyai sokongan sebagaimana dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan pimpinannya terpaksa meletak jawatan tanpa tunggu pengundian menolaknya di Dewan Rakyat,” katanya.

Jelas Ku Li, sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang mengganti ‘kerajaan gagal’ telah direstui oleh pimpinan UMNO walaupun rata-rata orang ramai dan akar umbi menzahirkan kekecewaan kerana hampir semua jawatan dipenuhi oleh mereka dalam kalangan ‘kerajaan gagal’.

“Bolehkah mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan kita dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan akhiri Parlimen yang tergantung? Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti kita dalam PRU-15?,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat