KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan jika mereka bayar kompaun dalam tempoh seminggu mereka boleh dapat potongan sebanyak 50 peratus.
Menurutnya, rakyat dalam kalangan OKU atau rakyat miskin boleh membuat rayuan jika tidak mampu untuk membayar kompaun.
Beliau berkata, diskaun 25 peratus daripada nilai kompaun sekiranya dibayar dalam tempoh hari kelapan hingga 14 hari.
Berikut adalah senarai kesalahan dan kompaun yang dikenakan.
“Kesalahan gagal pakai pelitup muka bagi individu dan kesalahan kali pertama RM1,500
“Kesalahan tidak daftar diri atau guna aplikasi mysejahtera dikenakan RM1,500
“Tidak patuhi Penjarakan Fizikal juga dikompaun RM1,500,” kata Takiyuddin.
Selain itu, kompaun dibayar dalam tempoh seminggu boleh dapat diskaun 50 peratus iaitu RM750.
“Bagi kompaun bernilai RM10,000 yang sudah dikeluarkan sejak 11 Mac lalu, jumlah kompaun akan mengikut nilai yang diumumkan hari ini RM1,500 .
“Jumlah kompaun RM1,500 itu adalah dari maksimum RM10,000 yang diluluskan dibawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ( Pindaan ) 2021.
“Jika tidak dibayar dalam tempoh dua minggu, tiada tawaran diskaun diberikan.
“Kompaun dibayar dalam tempoh dua minggu diskaun diberi 25 peratus,” jelas beliau.
Katanya dalam perincian kompaun itu, seseorang individu atau syarikat yang disaman dan dikenakan amaun tertentu, jika mereka membayar dalam tempoh satu ke tujuh hari, secara automatik dapat diskaun 50 peratus.
Takiyuddin berkata, terdapat tiga kategori yang boleh dikenakan kompaun iaitu tahap tinggi, sederhana dan normal.
“Untuk kategori normal, seseorang individu gagal memakai pelitup muka, kesalahan kali pertama individu adalah RM1,500,” katanya.
Beliau berkata, terdapat salah faham dalam isu kompaun RM10,000 kerana yang ditulis pada kertas saman adalah seseorang boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM10,000.
“Jadi, dengan keluarnya garis panduan ini, bermula hari ini 17 Mac termasuk saman yang dikeluarkan sebelum ini, boleh bayar untuk mendapatkan 50 peratus,” katanya.
Katanya, Pasukan Penguatkuasaan Pelaksanaan SOP dianggotai polis, tentera, RELA, penguatkuasa PBT bermula 1 April. -SuaraTV