“Dalam politik, jangan cepat koyak Tan Sri,” pesan Isham kepada Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil mengemukakan cadangan supaya Tan Sri Annuar Musa selalu tenang, cekal dan istiqamah dalam perjuangannya.

Isham yang juga bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak merujuk kepada hantaran Facebook bekas Setiausaha Agung BN yang disingkirkan itu berkenaan siapa Isham Jalil?

“Saya Ketua Penerangan BN Negeri Selangor merangkap akar umbi ahli biasa UMNO. Apa ada masalah?

“Dalam politik, jangan cepat koyak Tan Sri. Perlu selalu tenang, cekal dan istiqamah dalam perjuangan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mempersoalkan siapa Isham selepas kenyataannya berhubung kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan (PH) semalam.

“Dia ini siapa? Ketua bahagian mana,” soal Annuar pada ciapan di Twitter.

Dia ni siapa ya..ketua bhg mana https://t.co/aBi8OEJa5x

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 16, 2021

Isham pada satu kenyataan semalam berkata Umno boleh pertimbang kerjasama dengan PKR, namun jawatan perdana menteri perlu diberikan kepada UMNO.

Jelas Isham, akar umbi UMNO pasti menolak kerjasama dengan PKR jika matlamatnya untuk mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Isham berkata demikian merujuk kepada kenyataan Anwar yang mendakwa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

“Pada hemat saya, kita terbuka untuk pertimbang kerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka ikhlas dan jujur dalam kerjasama tersebut.

“Dan ia juga bergantung kepada penerimaan akar umbi UMNO dan pucuk pimpinan parti,” kata Isham semalam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat