Sabah ketinggalan pembangunan sebab banyak main politik – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan akibat terlalu banyak berpolitik, Sabah menjadi negeri yang jauh ketinggalan dari segi pembangunan.

Kata Bung, Sabah adalah negeri yang paling banyak mengadakan pilihan raya sehingga mengakibatkan banyak masa terbuang hanya untuk berpolitik.

“Di peringkat pusat kita sudah mengadakan pilihan raya sebanyak 14 kali, di Sarawak baru 11 kali tetapi kita di Sabah sudah 16 kali, masa yang dihabiskan untuk pilihan raya menyebabkan kita hilang fokus untuk membangunkan negeri.

“Sudah tiba masanya semua pihak sama ada pemimpin atau rakyat untuk sama-sama membangunkan Sabah tanpa mengira soal politik,” katanya memetik FMT.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, rakyat di negeri itu perlu terus menyokong kerajaan GRS demi kestabilan politik seterusnya memacu proses pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

Menurut Bung, pelbagai usaha sudah dilakukan GRS bagi membantu rakyat serta membangunkan negeri sejak gabungan berkenaan mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah pada 29 September lalu.

“Antaranya, kerajaan telah membentangkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (Pelan SMJ) 2021-2025, iaitu kerangka hala tuju dan strategi bagi terus memacu ekonomi negeri dan sosio-ekonomi rakyat.

“Sebaik sahaja kerajaan GRS mengambil alih pemerintahan sejak 29 Sept, kita berdepan realiti dan kedudukan ekonomi yang amat mencabar kerana itu kerajaan perlu bertindak segera untuk menangani penyusutan pertumbuhan sektor serta subsektor tertentu,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat