Zahid Ucap Selamat Hari Peneroka Felda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sempena dengan sambutan hari peneroka Felda hari ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan selamat hari peneroka Felda 2020 kepada golongan tersebut di seluruh negara.

Dipetik dari laman Facebooknya, Zahid berkata, “Kejayaan Felda bersandar kuat kepada semangat meneroka di kalangan peserta yang pada ketika itu tiada siapa yang dapat menjangka apakah hasilnya”.

“Kerajaan yang menjadi arkitek mencetuskan idea pembukaan tanah rancangan merupakan suatu usaha berpandangan jauh pimpinan”, kata Zahid lagi.

Zahid menambah, “Hari ini, kita bersyukur dan berterima kasih kepada semua peneroka Felda di seluruh negara yang telah memberi sumbangan bermakna sejak penubuhannya”.

Gabungan kerjasama kerajaan dan peneroka inilah kata Zahid yang berjaya menangani isu kemiskinan dan hambatan keselamatan pada peringkat awal penubuhan Felda.

“Felda kini muncul sebagai satu entiti sosioekonomi berskala besar yang amat penting kepada negara dengan perladangan sebagai tunjang utama”.

Menurut beliau diakhir tulisannya, “Entiti (Felda) ini berpotensi untuk berkembang kerana kita yakin dengan semangat para peneroka di seluruh negara yang kental, sanggup berkorban dan berusaha tanpa jemu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat