Kekal Anwar PM akan datang, terbuka terima cadangan PKR – Zahid

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Persediaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri buat penggal kedua diterima dengan terbuka kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Itu berkata, hal ini bagi memastikan kestabilan pemerintahan Kerajaan Perpaduan dan usaha memulihkan ekonomi negara terus terjamin pada masa akan datang.

“Kita terbuka dalam hal ini, Umno BN amat menyantuni rakan rakan di dalam parti parti komponen Kerajaan Perpaduan biarpun kita berbeza parti politik tetapi kita mempunyai objektif yang sama. Kita terus komited untuk menyokong apa jua saranan bagi kepentingan sebuah negara yang stabil politiknya dan ekonominya berkembang pesat.

“Demi mengekalkan kestabilan politik negara, UMNO dan Barisan Nasional (BN) komited mengekalkan kesinambunan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)

“Yang penting kita mesti mempertahankan kestabilan politik negara dan pilihan raya umum ke-16 adalah satu pilihan raya untuk menterjemahkan bagaimana kestabilan politik, penyatuan hati dan fikiran di kalangan 18 parti ini dapat dipertahankan,” katanya di Majlis Santunan Kasih Syawal bersama Timbalan Perdana Menteri yang diadakan dikediaman rasmi, Sri Satria di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkenaan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16, seterusnya memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri buat penggal kedua.

Beliau menambah majoriti lebih dua pertiga Ahli Parlimen seramai 152 orang terdiri daripada 18 parti politik mesti dipertahankan.

“152 ahli Parlimen yang ada sekarang yang memperlihatkan lebih daripada 2 pertiga majoriti mesti dipertahankan dan kaedah untuk mempertahankannya pelbagai pendekatan dilakukan.

“Pada hemat saya, setiap pemimpin politik Yang terdiri daripada 18 parti ini mesti terus menjalin adunan keserasian di kalangan kami dan insya Allah kita akan dukung deni kestabilan negara kita yang penting adalah ekonomi mesti dijana dengan baik untuk memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu pada Konvensyen 25 Tahun Keadilan di Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC), Rafizi Ramli berkata, partinya mempunyai misi untuk memastikan Anwar terus menjadi Perdana Menteri selepas PRU-16.

Bagi tujuan itu PKR memperkenalkan kerangka kerja ‘Keadilan menang siri PRU ke-16’ (KEMAS16) dan pemerkasaan organisasi parti (POP25) sebagai hala tuju persiapan akar umbi dan pimpinan PKR merangka persiapan serta menggembleng kekuatan dalam menghadapi PRU-16.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat