Pemimpin kanan industri telco, teknologi kini ahli lembaga pengarah baru DNB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Digital Nasional Bhd (DNB) telah melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi, berkuat kuasa 24 April, 2024.

DNB dalam satu kenyataan pada Khamis berkata ini berikutan perjanjian langganan saham yang ditandatangani di antara DNB, Kementerian Kewangan Diperbadankan dan lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO) pada 1 Dis, 2023.

Ia berkata ahli lembaga pengarah baharu dan pengganti mereka akan menyertai dua lagi ahli penyandang iaitu Datuk Johan Mahmood Merican dan Ma Sivanesan Marimuthu.

Mereka ialah daripada CelcomDigi (Infranation Sdn Bhd) Datuk Kamal Khalid, Maxis Broadband Sdn Bhd Uthaya Kumar K Vivekananda, U Mobile Sdn Bhd Chang Yit Fei dan Tan Kok Leong, Telekom Malaysia Bhd Nik Azli Abu Zahar dan Mohamed Tajul Mohamed Sultan dan YTL Power International Bhd Datuk Seri Yeoh Seok Hong dan Datuk Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

Sehubungan itu DNB berharap untuk mendapatkan input dan panduan berharga daripada lembaga pengarah baharu dalam memacu kemajuan infrastruktur digital Malaysia dan penggunaan teknologi 5G yang merentas industri, perusahaan, sektor awam dan pengguna.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat