Penyeludup bawa 750 guni bawang merah berputih mata, kecundang ditahan TDM

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

BAU – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menumpaskan penyeludup bawang merah yang cuba membawa 750 guni ke Kalimantan Barat (Indonesia) melalui jalan tikus di sini, pada Isnin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) memaklumkan TDM di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) sedang melaksanakan Operasi Awas /Keris Parang.

Menurut MK PMTTD, pada jam 11.20 malam, sepasukan anggota TDM yang sedang melaksanakan tugasan rondaan di Ladang Sawit Empaling Kg. Stass, Bau iaitu jarak lebih kurang 120 meter dari sempadan Kalimantan Barat (Indonesia) .

Menurutnya, anggota TDM telah menahan sebuah lori enam tan jenis Mitsubishi Fuso yang mencurigakan membawa muatan yang tertutup cuba memasuki negara Indonesia dengan mengunakan jalan yang tidak sah.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek, seorang lelaki warga tempatan yang berumur 54 tahun itu, mendapati membawa muatan sebanyak 750 guni berisi bawang barang merah kecil bernilai RM 75,000 cuba diseludup ke Indonesia, ”katanya.

Katanya lagi, kesemua hasil rampasan termasuk sebuah lori enam tan jenis Mitsubishi Fuso dianggarkan berjumlah RM 195,000 dan suspek yang ditahan telah di diserahkan kepada Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya.

“TDM komited untuk memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI dan kegiatan penyeludupan serta jenayah rentas sempadan, ”menurut kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat