PSIS kekal juara FIRA Malaysia Cup, lima kali berturut-turut

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

BEHRANG – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) mengekalkan gelaran juara lima kali berturut-turut apabila menjuarai kejohanan Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia Cup 2024 ke 17 yang telah berlangsung di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, PSIS telah diumumkan sebagai juara keseluruhan kejohanan ini.

Beliau berkata, pasukan Roboteam dari PSIS berjaya meraih 15 pingat, 6 emas, 6 perak dan 3 gangsa menerusi pelbagai kategori yang dipertandingkan dengan mengenepikan 27 pencabar yang lain.

Menurutnya, JPPKK bersama-sama PSAS telah menganjurkan kejohanan ini pada 21-26 April lalu dengan penglibatan seramai 978 peserta dari 27 buah Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) dari seluruh negara.

Objektif utama kejohanan ini, untuk meningkatkan minat masyarakat umum khususnya pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta memberi ruang dan mengembangkan daya kreativiti mereka.

Katanya, kejohanan ini telah berlangsung pada 21 hingga 26 April lalu dengan sembilan kategori dipertandingkan iaitu Simurosot, AiBot, HuroCup, MyBot Youth, Robosot, Androsot, Air Drone, Business & Innovation dan Autonomous Car Challenge.

“PSIS diwakili oleh 48 orang pelajar, terdiri daripada 27 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), 17 pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), 2 pelajar Sekolah Berintegrasi Penuh Sabak Bernam dan 2 pelajar Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam,” katanya lagi.

Dalam pada itu, naib juara milik Politeknik Port Dickson (PPD) dengan kutipan pingat sebanyak 7 emas, 2 perak dan 4 gangsa, manakala tempat ketiga pula disandang oleh Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dengan meraih 3 emas, 2 perak dan 7 gangsa.

Ujarnya, kejohanan seumpama ini dapat melahirkan graduan TVET yang berkualiti, berkebolehan dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi komputer, elektrikal, dan Mekanikal.

Tambahnya, ia mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET tempatan selari dengan hasrat Lonjakan 4: graduan TVET berkualiti di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 (Pendidikan Tinggi) yang telah digariskan oleh pihak KPT.

Kejohanan ini memberi peluang kepada pelajar POLYCC khususnya mereka yang berjaya dinobatkan sebagai pemenang untuk meneruskan perjuangan di peringkat antarabangsa melalui penganjuran FIRA RoboWorld, dan akan berentap dengan peserta-peserta dari serata dunia, “ujarnya lagi.

“Kejohanan ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPPKK, Dr Hj. Mohd Zahari Ismail manakala penutupannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud,” tambah kenyataan itu lagi.

Hadir sama, Pengarah Kanan JPPKK (Akademik), Mohd Noor Shahudin; Pengarah PSAS, Ts.Hj.Mohd Zulkefli Ibrahim, Pengarah Bahagian JPPKK dan Pengarah POLYCC. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat