Implikasi Tangguh Ibadah Umrah, KKM Perlu Bincang Sebelum Buat Keputusan – BUMITRA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak membuat keputusan penangguhan ibadah Umrah secara serta merta tanpa merujuk kepada BUMITRA sebagai wakil industri pengendali pelancongan dan Umrah yang diiktiraf oleh MOTAC .

BUMITRA MALAYSIA yang mewakili 579 agensi Pelancongan Bumiputera yang berdaftar dengan BUMITRA memberitahu, tindakan yang perlu bagi membendung penularan covid 19 terutamanya varian Omicron yang sekarang dikatakan menular dari kalangan jemaah Umrah adalah dengan memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak membuat sebarang tindakan yang bakal merugikan penggiat industri pelancongan termasuk agensi pelancongan dan Syarikat Penerbangan malah kepada jemaah Umrah sendiri .

Naib Presiden Haji dan Umrah BUMITRA, Haji Shamsulnidza Mudari berharap pihak KKM boleh berbincang untuk memperketatkan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) dan memohon pihak berwajib yang memperhalusi SOP Umrah tersebut dan turut mengguna pakai kepada semua pengembara bukan hanya kepada jemaah Umrah.

“BUMITRA sebelum ini telah sama sama berbincang dengan pihak MOTAC berkenaan SOP pembukaan Umrah semula, dimana semua SOP yang sudah ditetapkan oleh MOTAC dan KKM telah dipatuhi oleh pihak Agensi pelancongan.

“SOP yang dipatuhi ini termasuklah perlaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi tempoh 72 jam sebelum berlepas dan 48 jam selepas pulang, Jemaah dikuarantinkan di Mekah sekiranya positif, perlaksanaan ujian saringan COVID-19 sekali lagi sewaktu tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), serta memohon jemaah umrah untuk melakukan pengasingan kendiri di rumah melalui aplikasi KKM. Segala langkah pencegahan telah dipatuhi oleh pihak agensi pelancongan,” katanya.

Menurut Haji Shamsulnidza lagi, pihak agensi pelancongan menyokong pihak KKM jika terdapat keperluan booster vaksin untuk jemaah umrah bagi melindungi diri dari dijangkiti.

“Pihak KKM harus memperkemaskan sistem di KLIA supaya jemaah tidak perlu menunggu masa yang lama di balai ketibaan lapangan terbang kerana semua data telah telah dikemaskini oleh semua jemaah sewaktu di tanah suci lagi,” katanya.

Haji Shamsulnidza juga menyuarakan persoalan mengapa Industri Umrah menjadi sasaran sedangkan jumlah Omicron di United Kingdom jauh lebih banyak.

Beliau juga merujuk kepada kenyataan dari Centre for Disease Control and Pervention (CDC), USA yang mengatakan bahawa kesan Omicron adalah lebih lemah berbanding delta.

“Jangkitan Virus Omicron di Saudia mencatatkan jumlah kes yang jauh lebih rendah berbanding negara lain. Ibadah Umrah merupakan ibadah suci, hak memilih harus di tangan jemaah. Ianya mustahak untuk pihak kerajaan harus perketatkan SOP, PCR 48 jam setiap hari di Malaysia, dan meninjau pergerakan di Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, BUMITRA merayu pihak berwajib agar menjalankan kajian yang lebih terperinci demi kepentingan rakyat bagi memacu ekonomi dalam industri Umrah supaya dapat membuat keputusan yang terbaik agar industri Umrah terus berkembang.

Katanya, penangguhan ibadah Umrah sebelum ini telah mengakibatkan banyak agensi pelancongan terpaksa gulung tikar, pembukaan Umrah yang telah dibenarkan pada bulan Oktober membantu merancakkan semula ekonomi yang tekesan akibat penutupan sempadan.

Beliau juga menyarankan kepada pihak kerajaan untuk berbincang bersama dengan Persatuan seperti BUMITRA & MATTA supaya tidak membuat keputusan yang tergesa-gesa dan memperbaiki SOP yang sedia ada seperti memastikan jemaah mengambil dos penggalak pada masa yang sudah di tetapkan, digital tracking, sistem pengurusan yang lebih efisen di balai ketibaan KLIA tanpa menunggu lebih lama dan pengasingan warga tempatan dan warga asing yang tiba di KLIA.

“Sehubungan dengan itu, BUMITRA menyarankan agar Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dapat berbincang semula dengan pihak Persatuan terutamanya BUMITRA supaya keputusan yang tepat dapat diambil bagi memudahkan para jemaah untuk melaksanakan umrah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat