Anak Tergamak ‘Buang’ Ayah Sendiri Di Tepi Jalan

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kebiasaannya kita hanya mendengar berita pembuangan bayi di tong sampah atau ditinggalkan di masjid.

Namun kali ini seorang warga emas lelaki ‘dibuang’ oleh anaknya di tepi jalan di tempat yang gelap.

Warga emas itu ditemui polis peronda dalam keadaan tidak bermaya dipercayai ditinggalkan oleh anaknya.

Anggota Polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan Kota Kemuning di sini menjumpai lelaki malang itu terbaring di bahu jalan

Munurut sumber krew polis peronda, ketika anggota polis yang terlibat sekatan jalan raya di kawasan itu, warga emas tersebut difahamkan terkena strok dan ditinggalkan oleh anaknya.

Pemeriksaan pengawai polis dan pengawai perubatan yang bergegas ke lokasi mendapati mangsa telah diberikan ubat tidur oleh anaknya.

Anaknya telah menipu mangsa yang sepatutnya mengambil ubat strok tetapi memberikan ubat tidur sebelum membawa ayahnya dan meninggalkan di tepi jalan yang agak sunyi dan tiada pergerakan orang.

Warga emas tersebut kemudian telah dibawa ke hospital berhampiran oleh pengawai perubatan berkenaan menaiki ambulans.

Maklumat dan gambar warga emas yang ditinggalkan di tepi jalan itu dimuat naik dalam akaun instagram resepi ala_kampung – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat