Di Hari Pengebumian John Lewis, Teruk Trump Kena Sindir Dengan Obama

- Advertisement -

,div align=”justify”>

AMERIKA SYARIKAT: Dalam gereja Dr. Martin Luther King Jr. di Atlanta pada Khamis, Presiden kulit hitam pertama negara itu, Barrack Obama – mengakui hakikat seorang berkulit hitam akhirnya berjaya menjadi Presiden di negara tersebut, adalah kerana apa yang dikorbankan oleh John Lewis, kata beliau ketika menyampaikan kata-kata kenangan untuk ikon hak-hak sivil yang juga ahli kongres Republikan itu yang meninggal dunia pada 17 Julai lepas.

Dengan kata-kata yang sangat spesifik dan kadang-kadang lebih serong, Obama menyatakan Lewis, secara berterusan berjuang sepanjang hidupnya untuk hak kesamarataan kaum, tapi mereka yang berkuasa pada hari ini, berusaha untuk melemahkan perjuangan tersebut.

Obama membawa kembali ingatan kepada kejadian berdarah yang pernah menimpa Lewis ketika menyertai tunjuk perasaan membantah pembunuhan orang kulit hitam Amerika pada tahun 1965. Tindakan keras pasukan trooper Alabama kepada Lewis dan penunjuk perasaan lain dalam kejadian di Selma, Alabama itu, hampir sama seperti apa yang berlaku sekarang dalam tunjuk perasaan membantah kematian George Flyod.

“Kita mungkin tidak perlu lagi meneka jumlah biji jeli dalam balang untuk memberikan undi, tetapi walaupun kita menetap di sini, mereka yang berkuasa melakukan yang terbaik untuk mencegah rakyat dari mengundi, “kata Obama, beberapa jam setelah Presiden Donald Trump mencadangkan di Twitter agar pemiihan presiden November ini ditangguhkan kononnya kerana potensi penipuan walaupun dakwaan tersebut masih tidak terbukti.

Ketika kempen pemilihan semula Trump bergantung kepada isu perkauman dan gagasan “warisan” yang samar-samar serta banyak dilihat berakar pada visi negara yang ketinggalan zaman, Obama mengatakan Lewis akhirnya akan dikenang sebagai sejenis pahlawan nasional yang lain.

“Amerika dibina oleh John Lewises,” kata Obama. “Dia, seperti orang lain dalam sejarah kita, membawa negara ini sedikit lebih dekat dengan cita-cita tertinggi kita. dan suatu hari nanti, ketika kita menyelesaikan perjalanan panjang menuju kebebasan, ketika kita membentuk kesatuan yang lebih sempurna … John Lewis akan menjadi bapa pengasas Amerika yang lebih sempurna, adil, dan lebih baik. ”

Kenyataan ini adalah kemunculan politik semula yang dramatik oleh bekas presiden itu yang selama ini berusaha dengan gigih untuk mengelakkan menjadi musuh bagi Trump, walaupun dia secara peribadi, ketika bercakap kepada penderma parti Demokrat berasa bimbang mengenai tindakan dan kata-kata Trump.

Tetapi kenyataan itu juga merupakan pengakuan yang sangat mendalam datang dari Obama mengenai Trump.

“Bayangkan keberanian dua orang seusia Malia – lebih muda daripada anak perempuan saya yang tua – untuk mencabar seluruh infrastruktur penindasan,” katanya, merujuk anak sulungnya yang berusia 22 tahun. “John baru berusia 20 tahun (ketika memulakan perjuangannya) tetapi dia mendorong semua orang berusia 20 tahun pada ketika itu untuk berjuang bersamanya.” – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat