PRN Sabah: 73 Kerusi DUN Akan Dipertandingkan Kata Shafie

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan di Pilihanraya Negeri Sabah yang akan diadadakan tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal berkata dari jumlah tersebut 13 adalah merupakan kerusi baharu yang telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Untuk pilihan raya negeri (PRN) kali ini, sebanyak 73 kerusi akan dipertaruhkan termasuk 13 kerusi DUN baharu yang telah diwartakan. Kerusi baharu DUN Sabah itu merupakan tambahan kepada 60 kerusi sedia ada.

“13 kerusi baharu itu adalah Pintasan (Kota Belud); Pantai Dalit (Tuaran); Darau (Sepanggar); Keramat (Putatan); Limbahau (Papar); Tulid (Pensiangan); Bengkoka (Kudat); Bandau (Kota Marudu); Telupid (Beluran); Sungai Manila (Libaran); Lamag (Kinabatangan); Segama (Lahad Datu-Silam); dan Kukusan (Kalabakan),” katanya di laman Facebook sebentar tadi.

Shafie turut menyeru agar rakyat Sabah bertenang menunggu pengumuman SPR berhubung tarikh pilihan raya negeri.

“Bukan saya mahu pertahankan jawatan Ketua Menteri. Tiada ertinya saya kekalkan jawatan jika saya tidak dapat pertahankan hak orang Sabah demi masa depan anak-anak kita. Sehingga ke saat ini, sudah banyak yang dilakukan dan diperjuangkan oleh kerajaan pimpinan Warisan yang memerintah hari ini.

“Dalam masa yang sama, saya mohon supaya semua pihak terus bertenang bagi menghadapi cabaran sementara menanti pengumuman tarikh Hari Mengundi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 60 hari, bermula hari ini,” katanya lagi.

Sementara itu SPR masih menunggu makluman rasmi daripada Speaker DUN Sabah berhubung pembubaran kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, sehubungan itu pihaknya belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat