PRN Johor: Shahrir Tidak Bertanding Atas Alasan Kes Mahkamah

- Advertisement -

SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana kes Mahkamah masih berjalan.

Memetik Astro Awani, beliau tidak mahu berselindung atas kedudukan politiknya kerana sedang menghadapi kes Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).

 “Paling utama ialah kerana saya sedang menghadapi pendakwaan dalam mahkamah.

“Lagipun, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), memang saya berhajat untuk memberi laluan kepada calon baharu dalam kalangan bakat baharu.

“Dalam kedudukan saya menghadapi kes LHDN atau SPRM dengan tuduhan AMLA iaitu pengubahan wang haram, saya rasa lagi tidak wajar saya mewakili parti sebagai calon mahupun di PRN atau PRU,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujarnya lagi, beliau tidak mahu jadi seperti ahli politik lain yang tetap mahu bertanding walaupun mengetahui sedang berhadapan dengan tuduhan jenayah pecah Amanah.

“Ada yang kata, kan (Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) pun sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah pecah amanah tapi dia macam beria-ria nak bertanding di PRN Johor.

“Jawab saya, masing-masing kita ada prinsip tersendiri,” katanya.

Shahrir turut mendakwa, walaupun pendakwaan terhadap dirinya adalah keputusan politik dan selektif tetapi beliau tidak mahu berlindung di sebalik kedudukan politik.

“Saya pun bukan macam Mas Ermieyati atau Mustapha Mohamed yang melompat parti untuk menyelamatkan diri daripada pendakwaan.

“Jawatan dalam parti adalah bersikap sukarela dan pilihan ahli-ahli tapi jawatan wakil rakyat adalah dalam institusi politik tertinggi negeri dan negara.

“Kalau didakwa semasa memegang jawatan wakil rakyat, saya akan pegang jawatan itu sehingga habis tempoh dewan dan tidak akan bertanding semula.

“Kalau letak jawatan semata-mata kerana didakwa, habis pula kelayakan selama lima tahun. Mudahkan kalau jelas prinsip yang dipegang,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat