PKP 2.0 Gagal! – Aziz Kaprawi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi menyifatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sebagai gagal.

Kata beliau, sekiranya kita ingat semula, ‘Bapa Perutusan Malaysia’ sebelum ini telah memaklumkan tujuan diadakan PKP 2.0 adalah untuk memutuskan rantaian jangkitan dan mengelakkan peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh singkat.

“Rantai tak putus-putus, malahan kes masih tinggi setiap hari. Dengan itu adalah amat wajar untuk saya katakan bahawa PKP 2.0 ini gagal!

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia berkongsi perasaan kecewa melihat angka jangkitan virus Covid-19 yang mencatatkan peningkatan yang tinggi setiap hari meskipun sudah lebih daripada dua minggu PKP 2.0 berjalan,” tegas Aziz.

Malah katanya, PKP 2.0 ini menekan dan menghimpit ekonomi rakyat sehinggakan ada yang terpaksa gulung tikar, tetapi pada masa yang sama ekonomi ‘taikun’ dibenarkan beroperasi sesuka-hati walaupun mereka bukanlah terdiri daripada Perkhidmatan Perlu (Essential Services).

“Ini jelas dilihat apabila muncul kluster ratusan jangkitan baru daripada kalangan pekerja kilang seperti yang berlaku di Muar, pekerja tapak pembinaan dan sebagainya.

“Rakyat juga telah mulai bosan dengan suara-suara sombong dari kalangan pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mendabik dada mendakwa kejayaan-kejayaan yang tidak menampakkan apa jua kesan terhadap rakyat,” katanya.

Hakikatnya, Aziz berkata pemimpin Kerajaan PN ketika ini seperti terputus terus hubungan dengan rakyat sehinggakan tidak lagi tahu apa yang rakyat benar-benar perlukan.

“Pemimpin UMNO telah kerap mengutarakan bahawa PKP yang lebih ketat pelaksanaannya perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga minggu tetapi pada masa yang sama pakej bantuan rakyat perlu disampaikan, moratarium dilanjutkan, memansuhkan segala syarat dan kriteria untuk i-Sinar, KWSP serta pelbagai lagi usaha untuk mengurangkan beban rakyat dalam tempoh tersebut,” cadangnya.

Susulan itu Aziz mendesak pemimpin kerajaan PN untuk ketepikan sebentar ego kepartian, hentikan juga keputusan yang mempunyai niat politik dan buang sifat bodoh sombong untuk bersama-sama bekerjasama mengembleng usaha dan tenaga demi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang semakin meruncing ini.

“Janganlah hanya kerana cadangan ini datang daripada ‘seteru politik’ anda, maka segala yang baik ini hendak dinafikan dan diketepikan,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat