Honor X7b 5G menawarkan telefon terbaik dalam kelas mampu milik pada harga RM899

- Advertisement -

HONOR Malaysia telah kembali dengan telefon mampu milik yang mempunyai keluasan storan yang besar. HONOR  X7b 5G baru ini mempunyai stroan penyimpanan yang besar dalam ketegori kelasnya tersendiri dengan RAM 16GB dan storan 256GB. HONOR X7b 5G ini didatangkan dengan dua warna iaitu perak kristal dan hijau zamrud

HONOR X7b 5G menawarkan sambungan 5G yang sangat pantas dengan penyimpanan storan terbesar pada harga terendah dalam kelasnya. Penggunaan 5G pada peranti ini merevolusikan pengalaman digital dengan kelajuan internet yang sangat pantas. Ia membolehkan penstriman yang lancar, muat turun yang lebih cepat, dan panggilan video yang lebih lancar, memastikan pengguna menikmati pengalaman digital yang lancar.

Mengambil kira saiz aplikasi yang semakin meningkat, pastinya keperluan untuk memiliki kapasiti storan yang cukup besar, HONOR X7b 5G telah memenuhi keperluan tersebut dengan menawarkan kapasiti penyimpanan yang cukup bersar iaitu 256GB, ianya bagi memastikan pengalaman pengguna dengan lancar dan memuaskan dalam era digital masa kini.

Semestinya HONOR X7b 5G telah menaik taraf keperluan penguna untuk memperolehi kapasiti storan yang besar dan HONOR X7b 5G telah mencapainya dengan memenuhi keperluan tersebut berbanding peranti lain di dalam kelasnya.

Kapasiti penyimpanan yang mencukupi boleh berpotensi menjimatkan masa dan kos dalam jangka panjang. HONOR X7b 5G mampu menyimpan lebih daripada 56,000 gambar, 22,000 lagu, atau 900 video HD secara tempatan, membolehkan pengguna untuk sentiasa mengakses media dengan mudah di hujung jari.

Dilengkapi dengan HONOR RAM Turbo (8GB+8GB), teknologi milik HONOR yang memindahkan sebahagian daripada memori flash ke RAM, RAM 8GB boleh ditingkatkan menjadi 16GB, jadi pengguna dapat menjalankan tugas berat dengan lancar dan dengan mudah.

HONOR X7b 5G berbangga mempunyai Kamera Utama 108MP dengan sensor 1/1.67 inci. Dengan meningkatkan pengambilan cahaya secara besar-besaran, HONOR X7b 5G menyokong pembinaan piksel 9-in-1 untuk mencapai saiz piksel yang mengukur 1.92µm untuk menangkap gambar yang terang dan hidup dalam keadaan cahaya rendah yang mencabar.

Dari segi kuasa, HONOR X7b 5G mempunyai kapasiti bateri Ultra tahan lama dan ianya terbaik di dalam kelasnya memberikan prestasi bateri yang luar biasa untuk kegunaan harian, Bateri Ultra tahan lama 6000mAh yang boleh bertahan sehingga 3 hari.

Dengan hanya sekali cas, telefon ini dapat menyokong sehingga 18.8 jam penstriman atas talian, 20.2 jam pelayaran media sosial, atau 42.6 jam panggilan, menjadikannya Peranti Gajet yang dipercayai bagi pengguna yang sentiasa bergerak.

Walaupun memiliki kapasiti bateri yang besar, HONOR X7b 5G juga menonjol dengan ketahanannya. Walaupun telah dicas berulang 1,000 kali, kesihatan bateri masih kekal di atas 80%. Sama seperti telefon itu sendiri, ia tidak pernah gagal dalam memenuhi keperluan anda, mempunyai prestasi yang berkekalan yang anda boleh bergantung padanya.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat