MOU: Fadillah nafi kerajaan tidak ikhlas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan Memorandum Persefahaman (MoU) perlu dibuat sebelum peruntukan kepada Ahli Parlimen disalurkan untuk mewujudkan usaha bersama bagi menggerakkan pembangunan negara.

Fadillah menegaskan beliau enggan melayan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang MoU itu tidak diperlukan jika kerajaan ikhlas menyediakan dana itu.

“Saya tak nak komen itu…apa pun yang dia kata, tetapi sekarang ini apa yang kita nak laksanakan kaedah itu (MoU), kalau ikutkan tak perlu pun kerana kerajaan sudah ada dua pertiga.

“Tetapi kita nak laksanakan supaya akhirnya perjanjian itu ada persefahaman untuk gerakkan pembangunan negara, fokus ekonomi dan kesejahteraan rakyat dari segi kestabilan dan keamanan,” katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di Putrajaya lapor FMT.

Pada 21 April lalu, Muhyiddin berkata tidak perlu ada MoU jika kerajaan perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Muhyiddin berkata keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat kerajaan perpaduan adalah ‘mempertimbangkan’ bagi penyaluran peruntukan.

Pada 18 April lalu, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat kerajaan perpaduan bersetuju untuk mempertimbangkan bagi menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Satu draf MoU akan dirangka untuk dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata beliau tidak hairan jika isu peruntukan itu akan dimainkan pembangkang pada PRK Kuala Kubu Bharu.

“Apa pun yang kita buat, dari segi politik, pembangkang akan membangkitkan apa sahaja isu.

“Itu memang biasa dalam politik. Yang penting ialah keikhlasan kita untuk mempertimbangkan dan secara prinsip sudah dipersetujui,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat