Tadbir urus MySalam tiada semak dan imbang jelas – Jabatan Audit Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 terhadap skim insurans mySalam mendapati wujudnya tadbir urus akaun amanah persendirian yang tidak memperuntukkan kawalan dalaman mencukupi dan mekanisme semak dan imbang yang jelas bagi menjamin akauntabiliti dan ketelusan pelaporan.

Menurut laporan tersebut, justeru kelemahan yang perlu diberi perhatian adalah seperti klausa semasa di bawah Arahan Amanah mySalam adalah tidak lengkap dan tidak mencukupi iaitu tidak menyatakan dengan jelas mengenai peranan Kementerian Kewangan dan keperluan pelaporan kepada Jemaah Menteri, Parlimen serta pihak berkepentingan.

Selain itu, aspek kelemahan perlu diberikan perhatian adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang memperincikan mengenai bidang dan had kuasa Lembaga Pemegang Amanah (LPA) juga tidak diwujudkan.

“Peluasan skim mySalam dilaksanakan tanpa meminda Arahan Amanah mySalam. Malah pelantikan pengendali takaful mySalam tidak dibuka kepada syarikat insurans tempatan lain menyebabkannya tidak mendapat peluang manfaat ekonomi daripada pelaksanaan skim mySalam.

“Pengaturan takaful semula yang melibatkan kos yang tinggi adalah tidak munasabah kerana tidak dijalankan kajian menyeluruh,” jelas laporan tersebut.

Bagi mengatasi kelemahan tersebut, laporan itu mengesyorkan Kementerian Kewangan dan LPA mengambil langkah mengakaunkan dana mySalam yang berjumlah RM2.370 bilion ke dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan dan menubuhkan Akaun Amanah Kerajaan (Seksyen 9, Akta 61) bagi mengendalikan dana tersebut.

Katanya, Kementerian Kewangan bertindak untuk memperkemaskan klausa Akaun Amanah mySalam bagi memastikan wujud tadbir urus, akauntabiliti dan pemantauan yang jelas dalam pengurusan dana mySalam.

“Selain itu, mengadakan prosedur operasi standard dengan memperincikan bidang dan had kuasa LPA yang dinyatakan dalam Arahan Amanah akan memperkemaskan tadbir urus mySalam,” katanya.

Di samping itu, katanya tahap kesedaran masyarakat terhadap skim mySalam masih rendah iaitu 59.6 peratus manakala tahap kesedaran penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) terhadap skim mySalam pada tahap 64.9 peratus.

Berhubung pengurusan takaful, kata laporan itu, selepas tamat tempoh dua tahun pelaksanaan mySalam, tender masih tidak dibuka kepada syarikat insurans lain untuk turut serta dalam pelaksanaan skim itu.

“Perkara ini menyebabkan syarikat insurans tempatan yang lain tidak berpeluang memperoleh manfaat ekonomi daripada pelaksanaan skim mySalam,” katanya.

Tambahnya, pengaturan takaful semula yang melibatkan kos tinggi adalah tidak munasabah kerana tidak dijalankan kajian menyeluruh dan trend tuntutan mySalam sehingga akhir tahun kedua masih rendah.

– UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat