Radzi Beritahu 116, 736 Peranti Digital Sudah Diagih Di 955 Sekolah Untuk Murid B40

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sebanyak 116, 736 daripada 150,000 unit peranti digital sudah diagihkan kepada murid B40 di 955 sekolah seluruh negara setakat 26 September lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, memeberitahu, sebanyak 18,770 unit lagi sudah diterima daripada Yayasan Hasanah dan akan diagihkan kepada dalam masa terdekat.

“Inisiatif Tabung CERDIK seperti yang diluluskan dalam Belanjawan 2021 adalah satu inisiatif pemberian peranti digital kepada 150,000 orang murid B40 yang dilaksanakan oleh Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional.

“CERDIK adalah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bertujuan menyediakan peranti digital serta pelan data kepada murid B40 yang dikenal pasti,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Radzi menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) mengenai status pengedaran 150,000 unit komputer riba yang diluluskan dalam Belanjawan 2021.

Radzi berkata, baki 14,494 unit lagi akan diagihkan sebaik sahaja diterima daripada Yayasan Hasanah.

Menjawab soalan mengenai status sama bagi Sabah, beliau berkata, sebanyak 13,458 unit peranti digital sudah diagihkan kepada murid B40 di 97 sekolah.

“Yayasan Hasanah menguruskan sumbangan peranti digital termasuk pelan data daripada GLC dan GLIC serta menyelaras penghantaran peranti berkenaan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Peranti digital yang diterima oleh KPM akan terus diagihkan kepada murid B40 yang sudah dikenal pasti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat