KUALA LUMPUR – MCDONALD’S melaporkan penurunan mendadak dalam jualan di seluruh dunia, penurunan pertama dalam tempoh mencecah empat tahun, dengan kebanyakan pengguna didapati menjauhi item menu berharga tinggi, termasuk menu yang selama ini menjadi kegemaran.
Inflasi berterusan memaksa pengguna berpendapatan rendah beralih kepada pilihan makanan yang lebih berpatutan.
Situasi itu telah menyebabkan restoran makanan segera seperti McDonald’s, Burger King, Wendy’s dan Taco Bell bergantung pada menu harga murah untuk mencetuskan trafik pelanggan.
Saham McDonald’s, yang turun 15 peratus tahun ini, meningkat hampir empat peratus selepas menu AS$5 yang dilancarkan Jun lalu dijual melebihi jangkaan.
Eksekutif syarikat itu berkata, mereka sedang bekerjasama dengan pemegang francais dalam usaha untuk melanjutkan promosi itu.
Syarikat itu juga akan lebih selektif dengan kenaikan harga untuk melindungi keuntungan.
“Walaupun situasi perlahan sekarang, ia sepatutnya menjadi lebih baik pada separuh akhir tahun ini … dengan nilai yang lebih baik pada menu,” kata Brian Mulberry, pengurus portfolio pelanggan di Zacks Investment Management.
Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinski berkata, terdapat faktor kesepakatan pemikiran pelanggan yang membawa kepada isu diskriminasi.
“Sentimen pelanggan di kebanyakan pasaran utama yang kekal rendah,” katanya.
Jualan setanding global jatuh satu peratus pada suku kedua, berbanding jangkaan peningkatan 0.5 peratus. Pendapatan keseluruhan meningkat satu peratus.