Sumbangan arak: Tak dibenarkan terima langsung atau tak boleh publisiti? – KJ

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa tampil memperjelas Garis Panduan Penyaluran dan Penerimaan Sumbangan kepasa sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menamatkan pertikaian antara parti-parti politik dan masyarakat.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membangkitkan persoalan sama ada syarikat arak langsung tidak dibenarkan menyumbang kepada sekolah vernakular atau boleh menyumbang asalkan ia tidak dipublisiti atau diuar-uarkan.

“Persoalannya adakah tak boleh terima atau tak boleh papar sumbangan? Atau don’t ask, don’t tell.

“Kita tengok kerajaan macam nak cepat padam isu ini.

“Tapi kerajaan perlu tampil perjelas garis panduan. Sebab garis panduan pada 2018 menetapkan tatacara 7.3 menyebut tidak melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah dan minuman keras yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

“Jadi adakah semua sumbangan tidak dibenarkan hasil daripada kegiatan aktiviti perniagaan seperti penjualan arak, rokok dan sebagainya ataupun adakah hanya tidak dibenarkan untuk dipublisiti? soal Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Sementara itu, Shahril Hamdan mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kata SJKC perlu diberikan fleksibiliti kurang pelajar Muslim dan Melayu tapi bukankah pejuang-pejuang SJKC perlu mengatakan bangga sebab sekarang ini dah ramai pelajar Melayu yang pergi ke SJKC.

“Jadi kalau SJKC nak menjenamakan diri sebagai sekolah jenis berbilang bangsa, budaya yang lebih diverse daripada sekolah kebangsaan maka perkara ini tidak membantu ke arah mesej diversiti itulah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat