PH Benar Syarikat Asing Kuasai Syarikat Susu Tempatan – Najib

- Advertisement -

Industri bekalan makanan agak selamat dalam era krisis Covid ini – terutamanya bagi jenis makanan yang negara kita masih bergantung kepada import.

Antara matlamat utama dalam Pelan Transformasi kerajaan BN masa saya PM dahulu ialah untuk meningkatkan Kadar sara diiri ataupun Self-sufficiency level (SSL) untuk semua jenis makanan sehingga kita sampai tahap100% dan tidak lagi bergantung kepada import.

Ramai mungkin tidak tahu bahawa susu jenama “Farm Fresh” sebelum PRU14 adalah milik 100% Malaysia.

Syarikat Holstein Milk Company yang membina jenama ini adalah antara pelaburan Khazanah Nasional masa saya PM.

Sebelum saya jadi PM, kadar SSL untuk susu segar hanya 5% dan Malaysia perlu bergantung kepada import untuk 95% dari keperluan kita.

Sebelum kita melabur, Syarikat Holstein masih perniagaan yang kecil. Cuma ada 60 ekor lembu sahaja.

Tidak lama kemudian, Khazanah Nasional melabur di dalam syarikat tersebut untuk memiliki kepentingan saham 30%.

Syarikat itu juga dipilih sebagai projek permulaan (EPP) 13 untuk memenuhi sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mengurangan kebergantungan negara kepada hasil tenusu import.

Sebagai sebuah syarikat di bawah EPP negara, syarikat Holstein itu menerima banyak bantuan dari kerajaan BN dahulu.

Selari dengan sasaran itu, kerajaan BN dahulu mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang pada tahun 2012.

Kemudiannya, kawasan itu juga dinamakan sebagai Lembah Tenusu Muadzam.

Lembah tenusu ini amat berjaya dan ramai petani tempatan diberi peluang menternak lembu tenusu untuk membekal kepada syarikat Holstein dan syarikat-syarikat susu yang lain.
https://www.hmetro.com.my/node/218708

Selain lembah Muadzam, beberapa lagi lembah tenusu juga dirancang di Lembah Muallim,Perak,Lembah Tenusu Larut-Matang-Selama,Perak, Lembah Tenusu Ulu Bernam, Selangor dan Lembah Tenusu Borneo, Sabah, Sarawak.

Tak sampai 10 tahun, syarikat Holstein dengan jenama “Farm Fresh” dengan sokongan kerajaan BN dahulu telah berjaya menguasai sehingga 30% dari pasaran susu tempatan dan menjadi jenama susu nombor satu negara serta mengalahkan jenama-jenama asing terkenal yang sudah berpuluh tahun lamanya.

Pada masa yang sama, kadar SSL kita juga telah naik ke 61% berbanding 5% sebelum transformasi bermula.

Tapi malangnya selepas PRU14 di bawah Gagalkrasi PH, entah kenapa Khazanah tidak ingin terus menyokong projek ini.

Sebaliknya, peluang dibuka kepada syarikat pelaburan Singapura Dymon Asia Private Equity untuk melabur di dalam Syarikat Holstein.
https://www.reuters.com/brandfeatures/venture-capital/article?id=49794

Dengan ini, peratus kepentingan saham Khazanah dalam syarikat ini sudah turun dan syarikat ini tidak lagi 100% milik negara.

Kepada saya, perkara ini tidak patut berlaku.

Projek ini diwujudkan untuk mengurangkan kebergantungan negara untuk kepada negara asing untuk hasil tenusu.

Tetapi PH membenarkan syarikat asing untuk membeli syarikat tersebut pulak.

Khazanah bukan tak ada wang untuk menambahkan pelaburan mereka di dalam syarikat itu.

Kenapa nak beri peluang kepada syarikat Singapura pula?

Tapi tak apa, penternak tempatan tidak terjejas kerana mereka masih membekal susu segar kepada syarikat Holstein serta syarikat-syarikat susu tempatan yang lain.

Pasaran tempatan sudah ada. Track rekod kejayaan penternak tempatan juga terbukti. Kawasan untuk program penternakan juga tersedia. Bank tidak akan teragak untuk membiayai industri ini. Program penternakan, latihan serta bantuan dari Jabatan Veterinar dan syarikat-syarikat pemain industri telah diwujudkan.

Sedia maklum, minum susu baik untuk kita semua. Berkhasiat.

Lagipun risiko dijangkit Covid semasa menternak lembu di luar bandar adalah lebih rendah berbanding bekerja di bandar kerana lembu kurang melancong ke luar negara.

Tunggu apa lagi?

NOTA: Projek NFC yang dimulakan sebelum saya PM lebih kepada pembekalan daging dan tiada kaitan dengan inisiatif bekalan susu segar yang kita sebut di sini. Sebab itu, penyokong PH tak perlu serang saya dengan menggunakan isu NFC – FB Najib Razak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat