Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Akan Dibuka Semula – Syeikh Abdul Rahman

Profesor Sejarah Yg Teka Dgn Tepat Pemenang Pemilihan Presiden Sejak 1984 Berkata, Trump Akan Kalah

AMERIKA SYARIKAT: Profesor sejarah Allan Lichtman telah beberapa kali terbukti sebagai betul. Beliau telah dengan tepat meramalkan pemenang setiap pemilihan presiden sejak kemenangan semula...

Sidang Akhbar Mahathir Dipenuhi Dengan Kecaman Netizen

Cyberjaya - Sidang akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penubuhan parti baharunya pada Jumaat, dipenuhi dengan kecaman netizen. Tinjauan SuaraTV di ruangan komen mendapati, sidang...

Isu Laut China Perlu Diselesaikan Secara Aman -Hishammuddin-

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Negeri Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn menjelaskan bahawa Malaysia sangat konsisten agar isu Laut China Selatan yang menimbulkan konflik...

Guan Eng Luah Rasa Hati Pedih, Pilu Melihat Isterinya Ditahan SPRM

Kuala Lumpur - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meluahkan rasanya hatinya berhubung penahanan isterinya, Betty Chew Gek Cheng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Video: Pesawat Air India Express, Terbelah Dua

India - Sebuah pesawat yang membawa 191 penumpang dan anak kapal dilaporkan tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang Kozhikode di Kerala, India,...

Dua masjid suci umat Islam – Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah – akan dibuka tidak lama lagi sebaik sahaja masalah penularan COVID-19 dapat ditangani.

Perkara itu diumumkan Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter haramain.info pada Rabu.

Menerusi ciapannya, Sheikh Abdul Rahman berkata, keadaan dijangka kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi dan ini adalah perkhabaran gembira buat keseluruhan umat Islam.

Menurutnya, dua masjid suci itu akan dibuka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, tegasnya, pihaknya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam.

“Kami tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci itu kerana semua langkah yang diambil adalah untuk kebaikan kita.

“Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.

“Semoga Allah melindungi mereka,” kata Imam Besar Masjidil Haram itu.

Menurutnya, teknologi moden akan digunakan untuk memperkukuhkan langkah pencegahan bagi menangani pandemik global itu.

Beliau sebelum itu menyaksikan pelancaran penggunaan kamera termal di pintu masuk Masjidil Haram.

Arab Saudi sebelum ini menggantung sementara solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah, serta ibadah umrah, bagi mengekang penularan COVID-19.

Sehingga Rabu, Arab Saudi mencatat sebanyak 21,402 kes jangkitan COVID-19 dan 157 kematian.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan