Anggota polis dikesan cenderung bunuh diri sejak 2015 – Saifuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan wujudnya kecenderungan anggota polis membunuh diri akibat tekanan.

Menurut beliau, kecenderungan ke arah perbuatan itu mula dikesan sejak 2015.

“Kecenderungan itu dikesan seawal 2015-2016, sebab itu langkah segera pasukan polis, walaupun angkanya rendah, terpencil berbanding dengan jumlah 130,000 anggota polis.

“Kita (polis dan KDN) menyusun langkah dan tindakan kita menganalisis semua data melalui kajian. Misalnya satu kajian 2014-2018, tajuk kajian penerokaan bunuh diri dalam kalangan warga polis, ada tujuh kes bunuh diri,” katanya dalam sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Saifuddin juga menyatakan, polis juga melihat semua aspek sebelum anggota diberikan kebenaran menggunakan senjata api.

“Kita melihat semua aspek di mana seorang anggota yang nak diberikan kebenaran menggunakan senjata api, dia tidak boleh sama sekali ada tanda gangguan, tekanan dan sebagainya,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) yang bertanya langkah memastikan isu kesihatan mental dapat dibendung dalam kalangan anggota polis terutama yang memegang senjata api.

Saifuddin turut menyentuh satu kes berprofil tinggi di Perlis melibatkan seorang anggota polis membunuh isterinya.

“Kalau masih ingat tahun ini sahaja 2023 baru tiga bulan satu kes berprofil tinggi di Perlis bunuh isteri, di Bayan Lepas tembak diri, semua itu dalam radar catatan polis,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata kesunyian kesan berjauhan dari keluarga dan ujian perkahwinan antara faktor menyumbang gangguan kesihatan mental dalam kalangan anggota polis.

Katanya, faktor itu hasil dapatan dilakukan polis sendiri.

“Saya tak mahu ambil kajian awam, saya mahu ambil kajian polis sahaja, pertama faktor tekanan, yang kedua status kesihatan, yang ketiga persekitaran tempat kerja, ini tiga faktor utama (menyumbang kepada masalah mental anggota),” katanya.

Antara faktor lain menjurus kepada tekanan membabitkan masalah menyesuaikan diri di penempatan baharu dan gagal mengawal daya tindak diri.

Beliau menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berhubung faktor menyumbang masalah gangguan mental membabitkan anggota polis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat