Harga Minyak Dunia Turun Selepas Kapal MV Ever Given Berjaya Digerakkan

- Advertisement -

KAHERAH – Harga minyak jatuh lebih dua peratus semalam selepas kapal kontena gergasi Ever Given dilaporkan berjaya digerakkan selepas menghalang laluan mustahak perdagangan global di Terusan Suez selama hampir seminggu.

Minyak Brent jatuh AS$1.38 (RM5.72) atau 2.1 peratus pada AS$63.19 (RM262) setong sementara minyak mentah AS turun 1.48 sen atau 2.4 peratus kepada AS$59.49 (RM246.7) setong.

Sumber perkapalan yang rapat dengan perkara tersebut memberitahu Reuters, kapal sepanjang 400 meter itu hampir diapungkan sepenuhnya dan akan diperiksa sebelum dialihkan.

Walaupun bagaimanapun, masih belum diketahui bila laluan di terusan itu akan dibuka untuk lalu lintas atau berapa lama masa yang akan diambil untuk melancarkan perjalanan lebih dari 450 kapal yang tersangkut, menunggu dan dalam perjalanan ke Suez sebagai destinasi mereka seterusnya.

Reuters melaporkan, sekatan itu memberi tekanan kepada rantaian bekalan global berikutan wabak Covid-19 kerana terusan itu merupakan saluran untuk sekitar 12 peratus perdagangan global.

“Beberapa kapal telah memilih perjalanan yang jauh dan mahal melalui hujung Selatan Afrika dan bukannya Suez.

“Berdasarkan data yang disusun oleh Bloomberg, pengangkutan yang mengangkut komoditi seperti biji-bijian, arang baru dan bijih besi merupakan antara kapal yang tersangkut di dalam dan sekitar terusan itu,” katanya.

Tambahnya, data tersebut juga menunjukkan sebanyak 15 kapal yang mungkin membawa ribuan ternakan.

Menurut perkiraan kumpulan penyokong haiwan antarabangsa, kira-kira 200,000 haiwan yang mungkin terdampar di kapal-kapal yang berada di terusan Suez.

Kumpulan itu mempunyai 18 kapal yang berlepas dari Romania, Sepanyol dan Amerika Selatan yang kini tersangkut dalam barisan.

“Ramai kemungkinan membawa kambing biri-biri. Kapal tidak dapat menurunkan haiwan dengan mudah di negara lain yang berdekatan kerana protokol kesihatan atau tiada perjanjian perdagangan,” jelas Pengarah Kesatuan Eropah, Gabriel Paun.

Namun begitu, usaha menyelamatkan kapal kontena tersebut akhirnya berjaya setelah penyelamat menggali dan membuang 27,000 meter padu pasir.

Pihak berkuasa Terusan Suez mengeluarkan sebuah rakaman pada Ahad lalu yang menunjukkan pekerja berjuang untuk membebaskan Ever Given dengan menggali sebahagian tebing terusan itu.

Mesir telah menetapkan tarikh akhir pada hari ini untuk memunggah kapal jika ia masih tidak boleh bergerak.

Namun, setelah ia berjaya dilepaskan, bahagian depan kapal itu telah rosak tetapi ia berada dalam keadaan yang stabil.

Antara impak lain ialah, Kementerian Minyak Syria mengatakan kapal yang terkandas juga telah menunda ketibaan kapal tangki yang membawa bahan bakar ke negara itu. Hasilnya, pemerintah terpaksa membekalkan bekalan tersebut.

“Menunggu kembalinya pergerakan navigasi normal melalui Terusan Suez akan memakan masa yang tidak dapat dijangka,” katanya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat